Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik menggunakan e-portfolio melalui weblog terhadap kemahiran berfikir aras tinggi : satu kajian kes di universiti awam

Kajian ini bertujuan untuk menilai penggunaan e-portfolio melalui aplikasi webloguntuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pelajar dalam subjek MuzikTradisional Malaysia berasaskan Model Teknologi Pedagogi Pengetahuan Kandungan (TPACK). Penggunaan Model ADDIE pula digunakan untu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Amran Aris
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6093
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai penggunaan e-portfolio melalui aplikasi webloguntuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pelajar dalam subjek MuzikTradisional Malaysia berasaskan Model Teknologi Pedagogi Pengetahuan Kandungan (TPACK). Penggunaan Model ADDIE pula digunakan untuk membangunkan weblog sebagai tapakE-Portfolio. Seramai 72 orang pelajar dari Universiti Awam iaitu 46 orang daripadabidang Pendidikan Muzik, 22 orang daripada Pengajian Malaysia dan empat orang daripadaPengajian Sejarah yang mengikuti subjek Muzik Tradisional Malaysia dijadikan sampel kajian. Bagianalisis kuantitatif, data dikumpulkan melalui soal selidik dan responden menjawab soalselidik berdasarkan item-item soalan yang disediakan. Analisis kualitatif pulamenggunakan temu bual semi struktur, kajian lapangan, pemerhatian dan analisis dokumen. Pengumpulan data melalui temu bual semi struktur, jurnal refleksi, dokumentasikajian lapangan pelajar dan debat atas talian dianalisis menjawab persoalan kajian.Dapatan daripada soal selidik menunjukkan min markah sangat signifikan terhadap aplikasiweblog dalam penggunaan e-portfolio. Hasil temu bual menunjukkan maklumbalas yang positifberdasarkan tema yang muncul iaitu dapat merangsang pemikiran kritis pelajar terhadappenggunaan weblog. Hasil analisis dokumen terhadap jurnal refleksi dalam weblog individumenjurus kepada elemen refleksi kritis (KBAT) berbanding refleksi diskriptif (KBAR).Dokumentasi kajian lapangan dalam laman weblog yang dibina mempunyai ciri-ciri multimedia(audio, video, gambar dan teks) dan boleh berinteraksi secara atas talian. Debat atastalian yang dijalankan mencapai tahap yang berkualiti berdasarkan hujah dan pandangan yangkritis. Kesimpulannya, keupayaan penggunaan e-portfolio melalui aplikasi weblog dapat meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi pelajar melalui penglibatan aktif semasamelaksanakan tugasan. Implikasi kajian ini, E-portfolio melalui weblog boleh dijadikansumber rujukan bagi pihak penggubal kurikulummuzik untuk menerapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.