Kesan penerapan model latihan olahraga permainan kanak-kanak terhadap prestasi lari pecut atlet sekolah di negeri Sabah

Kajian kuasi eksperimental ini adalah bertujuan untuk menguji kesan dan kekekalanModel Latihan Olahraga Permainan (MLOP) yang telah dibangunkan dalam kajian inidan dibandingkan dengan Latihan Konvensional. Kesan dan kekekalan MLOP danLatihan Konvensional dinilai menggunakan parameter lari pecut iait...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Raymie A.Bakar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6130
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kuasi eksperimental ini adalah bertujuan untuk menguji kesan dan kekekalanModel Latihan Olahraga Permainan (MLOP) yang telah dibangunkan dalam kajian inidan dibandingkan dengan Latihan Konvensional. Kesan dan kekekalan MLOP danLatihan Konvensional dinilai menggunakan parameter lari pecut iaitu masa reaksi,pecutan pada jarak 10 meter, 20 meter, 30 meter, panjang langkahan pada jarakpecutan 30 meter, frekuensi langkahan pada jarak pecutan 30 meter dan lari pecut 100meter. Kajian ini melibatkan 44 atlet muda dipilih secara rawak dan diagihkan secaraseimbang di antara kumpulan rawatan MLOP dan Latihan Konvensional sebagaikumpulan kawalan. Data kuantitatif dianalisis menggunakan ujian-T sampel bebas,ANCOVA dan ujian-T ukuran berulangan. Dapatan kajian menunjukkan kesanprogram MLOP (M =. 006, SD = .000) dapat memperbaiki masa reaksi secarasignifikan pada pascaujian 1 dengan nilai t(42)=2.868, p=.00, p?.05 berbandingdengan Latihan Kovensional (M = .007, SD = .000). Dapatan kajian jugamenunjukkan terdapat peningkatan signifikan melalui MLOP terhadap pencapaianprestasi frekuensi langkahan pada jarak pecutan 30 meter pada pascaujian 1 dengannilai t(42)=2.178, p=.03, p?.05 dengan skor Min (M = 7.751, SD = .726) berbandingLatihan Konvensional (M = 7.187, SD =.972). Manakala bagi aspek kekekalanprogram latihan antara pascaujian 1 dan pascaujian 2 hampir keseluruhan komponenparameter lari pecut tidak menunjukkan kekekalan pencapaian prestasi, kecuali bagiparameter masa reaksi terdapat kekekalan yang signifikan menerusi LatihanKonvensional dengan nilai t(21)=6.777, p=.00, p?.05 dengan skor Min (pascaujian 1:M = .007, SD =.001; pascaujian 2: M = .006, SD =.001). Implikasi kajian inimendedahkan MLOP sesuai untuk diguna pakai oleh jurulatih di negeri Sabah untukmelatih atlet muda (13 dan 14 tahun) bagi meningkatkan prestasi parameter lari pecutkhususnya bagi masa reaksi dan frekuensi langkahan pada jarak pecutan 30 meter.