Manusia dan mesin: interpretasi gaya hidup digital dalam konteks teknologi mudah alih menerusi karya seni arca

Projek penyelidikan ini bertujuan menganalisis gaya hidup digital dalam konteksteknologi mudah alih dalam aspek interaksi yang berlaku di antara manusia denganmesin menerusi fabrikasi karya seni arca. Projek penyelidikan ini menginterpretasifenomena masyarakat tentang pengalaman gaya hidup seharian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aznan Omar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6155
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Projek penyelidikan ini bertujuan menganalisis gaya hidup digital dalam konteksteknologi mudah alih dalam aspek interaksi yang berlaku di antara manusia denganmesin menerusi fabrikasi karya seni arca. Projek penyelidikan ini menginterpretasifenomena masyarakat tentang pengalaman gaya hidup seharian pengguna menerusielemen interaksi sosial, tingkah laku dan obsesi terhadap alat teknologi mudah alih.Artis rujukan utama yang terlibat dalam kajian ini adalah Nam June Paik, XaviarVeilhan, Dario Tironi dan Koji Yoshida, Tom Price, Scott Snibbe, AristarkhChernyshev & Alexei Shulgin, Roger Belveal, Anah Dunsheath, Justine Khamara danSusy Oliviera. Penerokaan idea terhadap aspek gaya hidup digital di dalam karyakaryapelukis yang dirujuk melibatkan isu amalan masyarakat pengguna terhadapteknologi, ikon dan simbol, trend penyebaran dan perkongsian sosial serta budayaberhibur menerusi hiburan mudah alih. Projek penyelidikan ini menggunakan kaedahpenyelidikan praktik studio menerusi pendekatan refleksi kritikal kendiri,eksperimentasi studio dan ulasan kontekstual. Teori Aktiviti oleh Engestromdigunakan sebagai panduan kontekstual yang menjadi asas kepada penghasilan projekstudio. Sumbangan projek penyelidikan ini dalam bidang Seni Halus adalah memberikoleksi simbolik visual dan perkaitan isu-isu dalam aspek komunikasi, interaksi sosialdan hiburan yang membentuk kolektif budaya baharu dalam konteks gaya hiduppopular masyarakat digital di dalam ruang realiti dan maya. Projek penyelidikan inimemberi impak dalam penjanaan pemahaman terhadap trend dan amalan gaya hidupdigital yang begitu digemari yang bersifat variasi, sentiasa berubah-ubah danmembentuk budaya popular menerusi semangat dan tingkah laku, keinginan dankepuasan ekspresi masyarakat. Projek penyelidikan ini juga memberi suatu cadangandalam aspek penerokaan pendekatan alternatif dan persepsi baharu terhadap fabrikasikarya seni arca dalam konteks interpretasi interaktiviti manusia yang melibatkanamalan kepenggunaan teknologi terkini yang menjadi budaya baharu berteraskansikap dan tingkah laku sosial.