Pembangunan manual pengajaran bagi pembelajaran berasaskan pemikiran dan keberkesanan penggunaannya terhadap motivasi dan strategi berfikir mengkonsepsikan dalam tajuk haba

Kajian ini bertujuan membangunkan Manual Pengajaran Bagi PembelajaranBerasaskan Pemikiran Mengkonsepsikan (MPBPBPM) bagi tajuk haba untuk murid sekolah menengah. Keberkesanan manual pengajaran dinilai berdasarkan tahap Strategi BerfikirMengkonsepsikan (SBM) dalam konteks tajuk Haba dan motivasi muri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Badariah Hashim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6157
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membangunkan Manual Pengajaran Bagi PembelajaranBerasaskan Pemikiran Mengkonsepsikan (MPBPBPM) bagi tajuk haba untuk murid sekolah menengah. Keberkesanan manual pengajaran dinilai berdasarkan tahap Strategi BerfikirMengkonsepsikan (SBM) dalam konteks tajuk Haba dan motivasi murid selepas mereka melaluiaktiviti pembelajaran. Kajian ini menggunakan reka bentuk Kajian Perekaan dan Pembangunan termasuk kuasi-eksperimen bagi menentukan keberkesanan manual tersebut.Sampel kajian adalah seramai 66 orang murid daripada dua buah kelas tingkatan empat dalamsebuah sekolah menengah di Daerah Hulu Kinta yang dipilih secara rawak berkelompok dan kemudianditentukan secara rawak kumpulan kawalan (N=33) dan rawatannya (N=33). Dapatan kajianmenunjukkan manual pengajaran mempunyai kesahan kandungan yang tinggi dengan nilai Pekali KesahanKandungan (CVI) adalah 0.84 berdasarkan penilaian lima orang pakar manakala kebolehpercayaan yangsangat baik dengan nilai Alfa Cronbach 0.87. Dua instrumen bagi menguji keberkesanan manualpengajaran ialah Ujian Haba Mengkonsepsikan yang dibangunkan sendiri oleh pengkaji danInstrumen Motivasi Intrinsik yang diadaptasi daripada instrumen sedia ada. Dapatan ujian-tmenunjukkan SBM dalam konteks tajuk Haba murid kumpulan rawatan adalah lebih tinggi secarasignifikan berbanding murid kumpulan kawalan, t(64)=13.56, p=.00, d=3.34 yang menunjukkanaktiviti pembelajaran SBM yang dicadangkan dalam manual adalah berkesan kerana memberikesan yang besar ke atas peningkatan SBM murid. Dari segi motivasi, terdapat perbezaanyang signifikan bagi subskontruk usaha antara murid kumpulan rawatan (min=5.08, sp=1.01)dengan murid kumpulan kawalan (min=4.42, sp=1.22) dengan dapatan ujian-t, t(64)=2.90,p=.01, d=0.71 yang menunjukkan aktiviti pembelajaran yang dicadangkan dalam manual berjaya menggalakkan murid berusaha dengan lebih gigih semasa pembelajaran dengan kesan yangsederhana. Kesimpulannya, kajian ini bukan sahaja berjaya membangunkan sebuah manualpengajaran yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang memuaskan bahkan penggunaanmanual tersebut berkesan dari segi meningkatkan SBM dan menggalakkan murid berusahadengan lebih gigih semasa pembelajaran. Implikasinya, manual ini boleh digunakan sebagaibahan sumber pengajaran yang mampu memupuk kemahiran berfikir aras tinggi khususnya SBM.Manual tersebutboleh juga digunakan sebagai bahan bengkel latihan dan rujukan.