Strategi Parti Komunis Malaya (PKM) dan operasi pasukan F di Semenanjung Tanah Melayu 1968-1989

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi Parti Komunis Malaya (PKM) dalammelakukan pemberontakan bersenjata di Semenanjung Tanah Melayu bermula tahun 1968 hingga 1989.Kajian ini juga menilai cabaran dan tekanan yang dihadapi pengganas komunis oleh pasukankeselamatan sepanjang melakukan pemberont...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Roslan Muhamad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6165
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji strategi Parti Komunis Malaya (PKM) dalammelakukan pemberontakan bersenjata di Semenanjung Tanah Melayu bermula tahun 1968 hingga 1989.Kajian ini juga menilai cabaran dan tekanan yang dihadapi pengganas komunis oleh pasukankeselamatan sepanjang melakukan pemberontakan bersenjata. Pendekatan kualitatif dengan reka bentukkajian dokumen dan kajian kes telah digunakan dalam kajian ini. Temu bual terhadap pegawai dananggota Pasukan F juga bertujuan untuk menilai kejayaan operasi Pasukan ini dalampembanterasan pemberontakan bersenjata pengganas komunis di Semenanjung Tanah Melayu.Dapatan daripada analisis dokumen menunjukkan tindakan berbentuk serangan bersenjatapasukan keselamatan terhadap pengganas komunis menjadi penyebab kepada kegagalanperberontakan PKM. Temu bual bersama anggota dan pegawai Pasukan F mendapati pendekatan menangkap hidup-hidup pengganas komunis menerusi gerakan berhelah dan kaedahrundingan dengan pengganas komunis menjadi penyumbang utama kepada kegagalan pemberontakanbersenjata PKM di Semenanjung Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, peranan pasukan keselamatan laindan faktor lain juga turut memberi sumbangan dalam pembanterasan pengganas komunis. Kesimpulankajian ini menunjukkan strategi pengganas komunis menjadi lumpuh akibat daripada operasi dan gerakan berhelah Pasukan F dalam pembanterasan pemberontakan pengganas komunis.Implikasi kajian menunjukkan perbezaan pendekatan Pasukan F dengan pasukan keselamatan lainmempercepatkan lagi pengakhiran pemberontakan bersenjata menerusi Perjanjian Damai Hatyai pada 2Disember 1989. Selain itu juga, kewujudan dan peranan Pasukan F membuka lembaran baharu kepadapengkaji sejarahkerana kekurangan penulisan sejarah mengenai pasukan ini.