Bahasa kepimpinan rumah tangga Rasulullah S.A.W. dalam riwayat Aisyah R.A. dari sudut analisis wacana kritis

Analisis tekstual hadis Rasulullah SAW masih tidak meliputi seluruh aspekkepemimpinan baginda. Kajian kritis wacana kepemimpinan dalam rumah tanggabaginda perlu sebagai model masyarakat. Konflik timbul dalam rumah tangga akibatkurang persefahaman antara pasangan. Permasalahan ini perlu kembali kepad...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ariza Abdullah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6202
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Analisis tekstual hadis Rasulullah SAW masih tidak meliputi seluruh aspekkepemimpinan baginda. Kajian kritis wacana kepemimpinan dalam rumah tanggabaginda perlu sebagai model masyarakat. Konflik timbul dalam rumah tangga akibatkurang persefahaman antara pasangan. Permasalahan ini perlu kembali kepadarujukan agama yang telah dipraktis oleh baginda Rasulullah SAW sebagai modelqiwiimah rumah tangga. Praktis kepemimpinan baginda terangkum dalam bentukwac ana hadis terutamanya hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a .. OIeh itu, kajianini bertujuan untuk mengenaI pasti ciri-ciri bahasa kepemimpinan rumah tanggabaginda dan amalan wacana dalam periwayatan hadis. Data dikumpuI daripadasebelas buah hadis mengenai peristiwa-peristiwa utama yang berlaku dalam rumahtangga baginda yang diambil daripada kitab hadis Sahih Al-Bukhariy. Analisisdibuat menggunakan pendekatan Model Tiga Dimensi Fairclough (1995) dalamanalisis wacana kritis yang menganggap bahasa adalah satu bentuk praktis sosial.Analisis meliputi tiga dimensi iaitu dimensi tekstual yang memerihal ciri-cirikepemimpinan, dimensi amalan wacana yang menghuraikan penghasilan danpenyebaran wacana, dan dimensi praktis sosiobudaya yang menjelaskan praktisbahasa. HasiI analisis tekstuaI menemukan unsur leksikal makna kata kepemimpinandan leksikaI metafora, serta nahu transitiviti berbentuk proses kognisi dan aksi, sertapelbagai modus penyataan dan performatif. Manakala dimensi amalan wacanamenemukan teknik intertekstualiti metawacana dan representasi, selaininterdiskursiviti genre naratif, deskriptif, ekspresif and interaksi. Dimensi praktissosiobudaya menjelaskan hubungan antara wacana dan praktis bahasa kepemimpinanrumah tangga Rasulullah SAW. Kajian merumuskan wujudnya kepelbagaian praktisbahasa kepemimpinan berdasarkan konteks iaitu praktis bahasa perundingan, bahasategas, bahasa izin, bahasa bukan verbal, bahasa kiasan, bahasa ekspresif serta bahasanafi dan keterangan. Kajian ini menghasilkan model Praktis Bahasa KepemimpinanRumah Tangga Rasulullah (PBKRR) yang menonjolkan identiti sosial qiwsmahbertoleransi dalam rumah tangga. Model PBKRR ini perlu diketengahkan sebagaialternatif kepada masyarakat untuk membina institusi rumah tangga yang lebihmantap.