Isolation and characterization of new thermophilic aminoacylase from Geobacillus sp. Strain Szn

Kajian ini bertujuan untuk memencilkan dan mencirikan aminoasilase termostabildaripada bakterium termofilik. Dalam pemencilan bakterium, sampel air dan sedimen telahdiperolehi dari Air Panas Ulu Slim, Perak. Aminoasilase SZN termostabil diekstraksecara intrasellular dan ditulenkan sehingga homogen d...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Suzana Adenan
التنسيق: thesis
اللغة:eng
منشور في: 2018
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6203
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk memencilkan dan mencirikan aminoasilase termostabildaripada bakterium termofilik. Dalam pemencilan bakterium, sampel air dan sedimen telahdiperolehi dari Air Panas Ulu Slim, Perak. Aminoasilase SZN termostabil diekstraksecara intrasellular dan ditulenkan sehingga homogen dengan menggunakan kromatografi pertukaran ion dan pengasingan saiz dalam eksperimen seterusnya. Aminoasilase SZN yang tulen telahdicirikan pada pelbagai suhu, pH, ion logam dan perencat. Kajian struktur lebih lanjutmenggunakan spektrokopi sirkular dikroisma dilakukan bagi menentukan kestabilan a-heliks danlembaran dalam pelbagai suhu. Penghasil aminoasilase termofilik yang dipencilkan itu dikenalpasti sebagai Geobacillus sp. strain SZN. Aminoasilase SZN dicirikansebagai enzim termostabil dengan aktiviti optimum pada 60C, pH 7.5, tempoh separuhhayat 16 jam dengan peningkatan aktiviti dan kestabilan dalam beberapa ion logam danperencat yang diuji. Keputusan daripada penentuan struktur menunjukkan pengurangan a-heliks secara beransur-ansur daripada 36 hingga 27.6%, diikuti dengan disorientasi mendadak struktur tersebut pada peralihan suhu daripada 60 hingga 70C(27.6 hingga 19.5%). Sebaliknya, peratusan lembaran , telah meningkat secara stabil pada suhuyang diuji. Struktur a-heliks yang juga merupakan lokasi residu-residu pengikat logam danpemangkin yang penting, lemah sepenuhnya pada suhu melebihi 70C lalu mengakibatkan kehilanganaktiviti. Kesimpulannya, aminoasilase SZN telah dicirikan sebagai enzim termostabil berdasarkan kepada integriti struktur a-heliks dan kestabilan fungsinya pada suhutinggi. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa aminoasilase SZN mampu menjadi enzimaltematif kepada bioindustri berdasarkan kepada peningkatan aktiviti enzim dalam suhutinggi dan kestabilan dalam pelbagaiperencat yang diuji.