Analisis kompetensi pengetahuan,kemahiran dan sikap tenaga pengajar dalam melaksanakan amali pembuatan perabot di Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kompetensi pengetahuan, kemahiran dansikap tenaga pengajar dalam melaksanakan amali Pembuatan Perabot (PP) diMalaysia. Ketiga-tiga elemen kompetensi tersebut dipilih berdasarkan modelkompetensi Iceberge. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan digunakan...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mohd Zaini Osman
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2019
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6236
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kompetensi pengetahuan, kemahiran dansikap tenaga pengajar dalam melaksanakan amali Pembuatan Perabot (PP) diMalaysia. Ketiga-tiga elemen kompetensi tersebut dipilih berdasarkan modelkompetensi Iceberge. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan digunakan dalamkajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 127 orang tenaga pengajar yang telah dipilihsecara rawak berstrata berdasarkan kategori jantina, pengalaman tahun mengajar,opsyen dan syarat kelayakan mengajar. Instrumen kajian iaitu soal selidik diadaptasiberdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK). Soal selidikdisahkan oleh lima orang pakar. Kebolehpercayaan soal selidik daripada aspekketekalan dalaman diukur menggunakan indeks Alfa Cronbach (=0.98) untuk semuasub-konstruk. Oleh itu, instrumen kajian didapati mempunyai kesahan dankebolehpercayaan yang tinggi. Berdasarkan penilaian kendiri, tenaga pengajarbersetuju bahawa mereka memiliki kompetensi sikap (M=4.54; SP=0.38),pengetahuan (M=4.37; SP=0.41) dan kemahiran (M=4.17; SP=0.36). Ujian-t yangdijalankan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan [t(125)=0.001, p0.05]. Ujian korelasi Spearman pulamendapati tiada hubungan yang signifikan antara kompetensi tenaga pengajar denganpengalaman tahun mengajar amali PP (r=0.224, p>0.05). Kesimpulannya, dapatanutama kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi tenagapengajar berdasarkan jantina dan syarat kelayakan mengajar amali PP. Namun, tiadaperbezaan yang signifikan kompetensi tenaga pengajar berdasarkan opsyen danpengalaman tahun mengajar amali PP. Implikasi kajian menunjukkan jantina dansyarat kelayakan mengajar amali PP mempengaruhi kompetensi tenaga pengajarterhadap sesi amali PP. Justeru, dicadangkan pihak yang berkenaan dapat membantutenaga pengajar untuk memenuhi syarat kelayakan mengajar amali PP dan mengambilpendekatan yang sewajarnya dalam meningkatkan kompetensi tenaga pengajarterhadap sesi amali PP.