Kompetensi profesional guru mata pelajaran reka cipta Sekolah Menengah di Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi profesional guru mata pelajaran RekaCipta di sekolah menengah berdasarkan penilaian kendiri guru dan penilaian profesionalpentadbir sekolah terpilih. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan digunakan dalamkajian ini. Sampel kajian terdiri da...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nur Faeeza Abd.Ghafar
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2019
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6237
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi profesional guru mata pelajaran RekaCipta di sekolah menengah berdasarkan penilaian kendiri guru dan penilaian profesionalpentadbir sekolah terpilih. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan digunakan dalamkajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 270 guru dan 270 pentadbir yang telah dipilihsecara rawak berstrata berdasarkan kategori jawatan, lokasi, umur dan tahun pengalamanmengajar. Instrumen kajian iaitu dua set soal selidik dibangunkan berdasarkan ModelStandard Kompetensi Guru Malaysia. Soal selidik disahkan oleh tiga orang pakar.Kebolehpercayaan soal selidik daripada aspek ketekalan dalaman diukur menggunakanindeks Alpha Cronbach, =0.84-0.97 untuk domain-domain yang diuji. Oleh itu, instrumenkajian didapati mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Berdasar penilaiankendiri, guru bersetuju bahawa mereka memiliki sikap profesional (M=4.01,SP=0.46), diikutipengetahuan profesional (M=3.89,SP=0.48) dan amalan profesional (M=3.83,SP=0.49).Untuk kategori guru, ujian ANOVA yang dijalankan mendapati tiada perbezaan signifikansecara statistik bagi kompetensi profesional guru berdasarkan umur [F(3,266)=0.10,p>0.05]dan pengalaman tahun mengajar [F(3,266)=0.41,p>0.05]. Namun, ujian-t menunjukkanwujud perbezaan signifikan [t(268)=0.01,p0.05] dan pengalaman tahun mengajarguru [F(3,266)=0.67,P>0.05]. Ujian-t menunjukkan tiada perbezaan signifikan kompetensiprofesional guru berdasarkan bidang pengkhususan ijazah pertama guru[t(268)=0.79,p>0.05]. Ujian korelasi Spearman pula mendapati tiada hubungan yangsignifikan di antara kompetensi profesional guru dengan umur (r=0.11,p>0.05) danpengalaman tahun mengajar guru (r=0.07,p>0.05). Kesimpulannya, dapatan utama kajianmenunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan kompetensi profesional berdasarkanbidang pengkhususan ijazah pertama guru (kejuruteraan dan bukan kejuruteraan). Namun,tiada perbezaan yang signifikan kompetensi profesional berdasarkan umur danpengalaman mengajar. Implikasi kajian menunjukkan bidang pengkhususan ijazah pertamaguru mempengaruhi kompetensi profesional. Justeru, dicadangkan guru Reka Ciptamestilah dalam kalangan mereka mempunyai kelayakan dalam bidang kejuruteraan.