Pengaruh modul permainan tradisional terhadap domain pembelajaran, status konsep kendiri serta minat terhadap aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar sekolah rendah (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menilai pengaruh modul permainan tradisional terhadap domain pembelajaran, status konsep kendiri serta minat terhadap aktiviti fizikal. Kajian ini melibatkan seratus tiga puluh dua orang pelajar daripada dua buah sekolah rendah yang berumur sebelas tahun. Instrumen yang di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Adlan Mohamed Yusof
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=629
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai pengaruh modul permainan tradisional terhadap domain pembelajaran, status konsep kendiri serta minat terhadap aktiviti fizikal. Kajian ini melibatkan seratus tiga puluh dua orang pelajar daripada dua buah sekolah rendah yang berumur sebelas tahun. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah modul permainan tradisional, instrumen kaji selidik SDQ-1, CAPA dan instrumen penilaian modul permainan tradisional. Kajian menggunakan pra eksperimental - kajian kes sekali. Keputusan analisis regresi berganda menunjukkan terdapat pengaruh modul permainan tradisional yang signifikan ke atas aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Modul permainan tradisional mempunyai perkaitan yang signifikan dengan semua prediktor yang dinilai bagi aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Keputusan analisis regresi berganda juga menunjukkan terdapat pengaruh aspek kognitif, psikomotor dan afektif yang signifikan ke atas konsep kendiri dan minat terhadap aktiviti fizikal. Kajian ini merumuskan bahawa aspek kognitif, psikomotor dan afektif mempunyai perkaitan yang signifikan dengan semua lima prediktor yang dinilai terhadap konsep kendiri dan minat terhadap aktiviti fizikal. Hasil kajian dapat merumuskan bahawa modul permainan tradisional adalah berkadar terus dan telah menunjukkan perkaitan yang signifikan dengan aspek kognitif, psikomotor dan afektif. Dapat dirumuskan bahawa aspek kognitif, psikomotor dan afektif adalah berkadar terus dan telah menunjukkan perkaitan yang signifikan terhadap konsep kendiri dan minat terhadap aktiviti fizikal. Penemuan kajian ini dapat menjelaskan kesesuaian modul permainan tradisional untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Modul yang dihasilkan ini dapat memberi implikasi dan laluan praktikal kepada guru dan penggiat sukan serta kesihatan bagi membentuk konsep kendiri positif dan minat pelajar-pelajar terhadap aktiviti fizikal menggunakan permainan tradisional.