Penilaian pelaksanaan kurikulum Qiraat peringkat diploma di Malaysia

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan kurikulum Qiraat peringkatDiploma Tahfiz al-Quran dan Qiraat yang telah dilaksanakan di Malaysia berasaskanModel Penilaian CIPP (Context, Input, Process, Product) yang diperkenalkan olehStufflebeam dan Shinkfield (2007). Reka bentuk penyelidika...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Jalal Abdul Manaf
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6311
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian tinjauan ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan kurikulum Qiraat peringkatDiploma Tahfiz al-Quran dan Qiraat yang telah dilaksanakan di Malaysia berasaskanModel Penilaian CIPP (Context, Input, Process, Product) yang diperkenalkan olehStufflebeam dan Shinkfield (2007). Reka bentuk penyelidikan yang menggabungkanpenyelidikan secara kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan empat instrumenkajian yang telah dibina sendiri oleh penyelidik dan disahkan kandungannya oleh panelpakar perujuk. Kajian ini melibatkan seramai 44 orang sampel guru yang mengajar IlmuQiraat di institusi pengajian di Malaysia. Sampel pelajar pula adalah seramai 864 orangyang menjawab soal selidik dan 121 sampel daripadanya dipilih secara rawak menjalaniUjian Qiraat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penilaian konteks berada pada tahapyang tinggi (min=4.44) dan penilaian input berada pada tahap sederhana tinggi(min=3.95) kecuali komponen kandungan kurikulum Qiraat berada pada tahap yangtinggi (min=4.50). Dapatan penilaian proses mendapati hanya komponen strategipelaksanaan (min=4.02) dan adab-adab pengajaran Qiraat (min=4.12) berada padatahap tinggi manakala komponen penggunaan BBM berada pada tahap sederhanarendah (min=2.57) dan komponen-komponen lain berada pada tahap sederhana tinggi(min dari 3.63 hingga 3.97). Dapatan penilaian produk pula berada pada tahapsederhana tinggi (min=3.58). Dapatan inferensi ujian Manova mendapati bahawaterdapat perbezaan yang signifikan antara kategori institusi pengajian dengan penilaiankonteks, input, proses dan produk. Dapatan ujian korelasi Pearson menunjukkan adahubungan yang signifikan antara proses pengajaran Qiraat dengan pencapaian Qiraat (r= 0.655). Kaedah pengajaran Qiraat menyumbang secara signifikan kepada pencapaianQiraat pelajar sebanyak 3.5% perubahan varian (nilai = 0.18, p <= .05).Kesimpulannya, satu model Pendidikan Qiraat berjaya dibangunkan bagi menambahbaik pelaksanaan Pendidikan Qiraat. Implikasi kajian mencadangkan agar kekuatandalam pelaksanaan kurikulum Qiraat perlu dipertahankan dan dipertingkatkanmanakala kelemahan pada penggunaan BBM pula perlu diperbaiki dan ditambah baikbagi menghasilkan produk yang berkualiti.