Faktor-faktor mempengaruhi minat pelajar pendidikan seni visual terhadap kraf ukiran kayu

Tujuan utama penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengkaji faktor yang mempengaruhiminat pelajar terhadap kraf ukiran kayu. Kajian ini melibatkan seramai 120 orang pelajartingkatan 5 yang dipilih daripada tiga buah di sekitar daerah Kota Bharu, Kelantan iaitu SMK.Zainab II, SMK. Sultan Ismail Pet...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hanimah Abdullah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2009
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6334
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengkaji faktor yang mempengaruhiminat pelajar terhadap kraf ukiran kayu. Kajian ini melibatkan seramai 120 orang pelajartingkatan 5 yang dipilih daripada tiga buah di sekitar daerah Kota Bharu, Kelantan iaitu SMK.Zainab II, SMK. Sultan Ismail Petra dan SMK. Kok Lanas. Kesemua sampel pelajar yangterlibat daripada aliran sastera. Sampel guru digunakan dalam kajian ini sebagai menguatkanlagi dapatan kajian. Fokus utama kajian ini adalah terhadap faktor yang mempengaruhiminat pelajar terhadap kraf ukiran kayu, kelengkapan prasarana bagi membolehkanpembelajaran kraf ukiran kayu dapat dilaksanakan di sekolah dan melihat peranan gurudalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kraf ukiran kayu dalam Pendidikan seniVisual. Kajian ini perlu dijalankan memandangkan kraf tradisional khususnya ukiran kayukurang mendapat perhatian dalam kalangan pelajar di sekitar daerah Kota Bharu. Kajian inimenggunakan gabungan reka bentuk kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatifdigunakan untuk mendapatkan data keseluruhan faktor tentang minat pelajar terhadap krafukiran kayu. Pemerhatian yang menggunakan senarai semak dan temu bual digunakan untukmendapatkan data secara lebih mendalam terhadap subjek kajian. Hasil dapatanmenunjukkan bahawa pelajar tidak berminat terhadap kraf ukiran kayu adalah disebabkankurangnya pendedahan pembelajaran kraf ukiran kayu dalam Pendidikan Seni Visual disekolah. Pembelajaran kraf ukiran kayu di sekolah yang dikaji tidak memberikan pelajarilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mengukir yang sepatutnya. Kemudahan prasaranake arah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan juga tidak disediakan dengan lengkap.Guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam mengukir. Guru juga lebih memberitumpuan kepada aktiviti pembelajaran berasaskan bidang seni halus. Oleh itu guru ialahsebahagian sebesar daripada faktor yang mempengaruhi minat pelajar dalam kajian ini.