Kesan kaunseling kelompok terhadap kompetensi sosial pelajar (IR)
Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan kaunseling kelompok berteraskan kepada Modul Terapi Tingkah Laku Kognitif terhadap kompetensi sosial pelajar secara keseluruhan serta subkonstruk kompetensi sosial pelajar (bekerjasama, persahabatan, berkomunikasi, berempati, keterbukaan dan keyakinan diri)....
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=634 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan kaunseling kelompok berteraskan kepada Modul Terapi Tingkah Laku Kognitif terhadap kompetensi sosial pelajar secara keseluruhan serta subkonstruk kompetensi sosial pelajar (bekerjasama, persahabatan, berkomunikasi, berempati, keterbukaan dan keyakinan diri). Kompetensi sosial pelajar diukur secara tinjauan terhadap 83 subjek dengan menggunakan soal selidik Kompetensi Sosial dan seterusnya digunakan sebagai data pra ujian dalam kajian eksperimen. Kesahan dan kebolehpercayaan modul kaunseling kelompok diukur berdasarkan penilaian pakar dan calon berpotensi sebagai pengguna. Kesan intervensi kaunseling kelompok ke atas kompetensi sosial dinilai daripada hasil kajian eksperimen yang dijalankan terhadap 60 subjek yang terdiri daripada 30 kelompok rawatan dan 30 kelompok kawalan dalam kalangan pelajar universiti jurusan Bimbingan dan Kaunseling. Subjek kelompok rawatan diberi 12 sesi kaunseling kelompok dalam masa enam minggu. Data kajian dianalisis menggunakan ujian perbezaan dua min skor (T-Test) pada peringkat pra ujian dan pos ujian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kompetensi sosial pelajar berada pada tahap sederhana. Darjah kesahan modul kaunseling kelompok pada tahap yang baik dan sangat baik dan darjah kebolehpercayaan modul pula adalah pada tahap yang sangat baik. Hasil kajian eksperimen pula mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pra ujian kompetensi sosial secara keseluruhan dan subkonstruk kompetensi sosial (bekerjasama, persahabatan, berkomunikasi, berempati, keterbukaan dan keyakinan diri) antara kelompok rawatan dan kelompok kawalan, terdapat perbezaan yang signifikan antara pra ujian dan pos ujian kompetensi sosial secara keseluruhan dan subkonstruk kompetensi sosial bagi kelompok rawatan, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pra ujian dan pos ujian kompetensi sosial secara keseluruhan dan subkonstruk kompetensi sosial bagi kelompok kawalan; dan terdapat perbezaan yang signifikan pada pos ujian kompetensi sosial secara keseluruhan dan subkonstruk kompetensi sosial antara kelompok rawatan dan kelompok kawalan. Keputusan kajian menunjukkan kaunseling kelompok berteraskan Modul Terapi Tingkah Laku Kognitif berkesan secara signifikan dalam meningkatkan kompetensi sosial pelajar. |
---|