Pentaksiran berasaskan sekolah dalam penghasilan catan pelajar tingkatan dua:satu kajian kes di sebuah sekolah menengah di negeri Selangor

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) dalam penghasilan catan murid-murid tingkatan dua di sebuah sekolahmenengah di negeri Selangor. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka prosespelaksanaan pentaksiran, strategi pentaksiran yang digunakan dan a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mazura Azeli
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6356
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) dalam penghasilan catan murid-murid tingkatan dua di sebuah sekolahmenengah di negeri Selangor. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka prosespelaksanaan pentaksiran, strategi pentaksiran yang digunakan dan aspek-aspek yangmempengaruhi pelaksanaan PBS. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialahkajian kes kualitatif. Teori pembelajaran Konstruktivisme dan Model pendekatan LauraChapman digunakan sebagai landasan teori dalam kajian. Seramai lima orang informanyang terdiri daripada guru opsyen Pendidikan Seni Visual dipilih. Data diperolehdaripada pemerhatian, temu bual dan analisis artifak. Data dianalisis secara deskriptifdan interpretif. Dapatan kajian berdasarkan temu bual mendapati tema utama yangmuncul dalam perlaksanaan PBS Pendidikan Seni Visual adalah pengetahuan,kemahiran dan kreativiti guru Pendidikan Seni Visual adalah kritikal dalammenentukan kejayaan PBS. Strategi pentaksiran yang dijalankan juga perludiselaraskan mengikut kesesuaian dan konteks persekitaran pembelajaran antaranyapentaksiran pemerhatian, pentaksiran lisan, portfolio dan produk serta rubrik penskoranyang digunakan. Dapatan pemerhatian dan analisis artifak menunjukkan strategipengajaran dan pembelajaran perlu selari dengan pentaksiran dan kehendak kurikulumiaitu menekankan penentuan objektif pengajaran, keupayaan murid, penerangan dandemonstrasi guru. Kesimpulannya, kelancaran dan kejayaan PBS Pendidikan SeniVisual turut dipengaruhi oleh pelbagai aspek yang boleh dikaitkan dengan persediaandan kemahiran guru, perbezaan latar belakang, minat dan pengetahuan sedia ada murid,kemudahan prasarana dan kekangan masa merupakan antara aspek yang menentukanmatlamat PBS Pendidikan Seni Visual tercapai. Implikasi kajian menunjukkan PBSsesuai dilaksanakan bagi subjek Pendidikan Seni Visual sekiranya penambahbaikanterhadap aspek-aspek yang mempengaruhi pentaksiran dapat dijalankan selaras denganmatlamat yang ingin dicapai.