Kecekapan pengurusan bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Peningkatan jumlah penduduk, pembangunan serta kekangan yang datangnya darifaktor fizikal menyebabkan permintaan terhadap bekalan air bersih bertambahsedangkan penawaran tidak seiring dengan pertambahan permintaan pengguna.Kajian ini dilakukan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putraj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mujirah Mokmin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6369
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Peningkatan jumlah penduduk, pembangunan serta kekangan yang datangnya darifaktor fizikal menyebabkan permintaan terhadap bekalan air bersih bertambahsedangkan penawaran tidak seiring dengan pertambahan permintaan pengguna.Kajian ini dilakukan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajayabertujuan menganalisis dan merumus persepsi pengguna terhadap kecekapanpengurusan bekalan air terawat. Data kajian diperolehi dengan menjalankan tinjauanterhadap 400 orang pengguna yang mendapatkan perkhidmatan bekalan air daripadapihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Ujian Kruskal-Wallis, analisis Zstatistik dan analisis korelasi Pearson diaplikasikan untuk tujuan menganalisis data.Kajian ini mendapati pengguna mempunyai persepsi bahawa tahap kecekapanpengurusan bekalan air di kawasan kajian adalah pada tahap sederhana cekap. Kajianini juga menemui hubungan yang kuat antara faktor kemanusiaan dengan tahapkecekapan, terdapat hubungan yang sederhana antara faktor fizikal dan faktorsosiopolitik dengan tahap kecekapan pengurusan bekalan air. Kajian jugamenemukan bahawa pada persepsi pengguna, faktor air tidak berhasil (ATB),kecukupan infrastruktur dan pembangunan di kawasan kajian tidak mempengaruhikecekapan pengurusan bekalan air, berlawanan dengan pengetahuan sedia adabahawa ATB merupakan petunjuk utama yang menentukan tahap kecekapansesebuah organisasi pengurusan bekalan air. Kesimpulan kajian ialah pengetahuandan kesedaran pengguna berkaitan dengan bekalan air masih berada di tahap yangrendah. Persepsi dan penilaian pengguna seperti yang ditemukan oleh kajian inidapat digunakan oleh pihak pengurusan bagi meningkatkan tahap kecekapanpengurusan air terawat.