Hubungan antara motivasi dengan pencapaian akademik dan penerimaan pelajar terhadap m-pembelajaran di Kolej Vokasional

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan hubungan antara motivasi dengan pencapaianakademik dan penerimaan pelajar dalam pembelajaran kursus Computer PreventiveMaintenance terhadap m-pembelajaran di kolej vokasional. Dalam kajian ini, TeoriKeazaman Kendiri dan Model Penerimaan UTAUT (Unified Theory...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Roghdaryanti Hashim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6383
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan hubungan antara motivasi dengan pencapaianakademik dan penerimaan pelajar dalam pembelajaran kursus Computer PreventiveMaintenance terhadap m-pembelajaran di kolej vokasional. Dalam kajian ini, TeoriKeazaman Kendiri dan Model Penerimaan UTAUT (Unified Theory of Acceptance andUse of Technology) telah digunakan untuk mengukur motivasi pelajar dan menguji tahappenerimaan pelajar terhadap penggunaan teknologi baharu, masing-masing. Kajian inimelibatkan lapan pemboleh ubah tidak bersandar, iaitu motivasi ekstrinsik, motivasiinstrinsik, jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, keadaan kemudahan,keseronokan dan niat tingkah laku, dan pembolehubah bersandar adalah pencapaianakademik pelajar. Kajian kuantitatif dengan reka bentuk hubungan ini melibatkan satusampel kajian terdiri daripada 70 pelajar yang dipilih daripada 85 pelajar yang mengikutikursus Computer Preventive Maintenance di empat buah kolej vokasional di KualaLumpur dan Selangor melalui teknik persampelan rawak mudah. Dalam kajian ini, analisisstatistik deskriptif dan analisis inferensi yang dijalankan adalah berdasarkan ujian korelasiPearson dan kaedah analisis regresi berganda. Hasil kajian mendapati kesemuapemboleh ubah tidak bersandar mempunyai hubungan yang signifikan denganpencapaian akademik pelajar (p <.05) dengan nilai-nilai korelasi (r) berada dalam julatantara .54 dan .84. Namun, hanya motivasi instrinsik (? = .34, p <.05), keseronokan (? =.38, p <.05) dan niat tingkahlaku (? = .25, p <.05) menjadi faktor peramal yangmempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Kesimpulannya, motivasi instrinsik lebihmempengaruhi pelajar berbanding motivasi ekstrinsik dan tahap penerimaan pelajarterhadap penggunaan m-pembelajaran dalam aktiviti pembelajaran adalah tinggi. Jelassekali, dapatan kajian ini mempunyai implikasi di mana m-pembelajaran perlu diterapkandalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk membolehkan pelajar dapat mengikutiaktiviti pembelajaran dengan lebih aktif yang dapat merangsang minda mereka. Maka,pihak kolej vokasional perlu menyokong penuh kaedah m-pembelajaran ini denganmenyediakan kemudahan prasarana capaian internet dan peralatan yang bersesuaianuntuk mewujudkan satu persekitaran m-pembelajaran yang kondusif.