Adab masyrakat Melayu lama dalam Hikayat Hang Tuah

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan meneliti unsur adab dan tatacarakehidupan orang Melayu terdahulu yang terdapat dalam teks Hikayat Hang Tuah.Objektif kajian adalah untuk menerangkan definisi adab dan peradaban dalam konteksyang sebenar, mengenal pasti jenis amalan adab yang wujud dalam te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Sufi Ahmad Nazri
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6386
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan meneliti unsur adab dan tatacarakehidupan orang Melayu terdahulu yang terdapat dalam teks Hikayat Hang Tuah.Objektif kajian adalah untuk menerangkan definisi adab dan peradaban dalam konteksyang sebenar, mengenal pasti jenis amalan adab yang wujud dalam teks Hikayat HangTuah dan menganalisis kesan amalan adab yang dicapai dalam hikayat tersebut.Pengkaji memilih menggunakan teori kajian budaya (culturul studies theory) sebagaiasas analisis dalam kajian ini. Teori ini mengkaji tindakan manusia dalammembentuk masyarakatnya. Dapatan kajian mendapati banyak unsur adab dalamkalangan masyarakat Melayu lama yang wujud dalam hikayat tersebut. Unsur adabtersebut merangkumi adab dalam aspek sosial, ekonomi dan politik. Selain daripadaunsur adab, kesan pengamalan adab kepada empayar kesultanan Melayu Melaka jugadiambil sebagai hasil dapatan kajian. Sebagai kesimpulan, terdapat banyak unsur adabyang dimiliki dan diamalkan oleh masyarakat Melayu terdahulu. Amalan adab yangdiamalkan juga dilihat telah memberi kesan kepada pencapaian dan kejayaan kerajaankesultanan Melayu Melaka. Implikasinya, dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagaipanduan kepada umum mengenai amalan adab orang Melayu terdahulu dalamkehidupan seharian.