Analisis hubungan persekitaran pembelajaran psikososial dan gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan Tingkatan Empat

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan persekitaran pembelajaran psikososial dangaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan. Kajian ini jugabertujuan mengenal pasti perbezaan persekitaran pembelajaran psikososial dan gayapembelajaran mengikut jantina dan jenis sekolah dalam pencapaian Mat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Haslisa Isa
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6417
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan persekitaran pembelajaran psikososial dangaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan. Kajian ini jugabertujuan mengenal pasti perbezaan persekitaran pembelajaran psikososial dan gayapembelajaran mengikut jantina dan jenis sekolah dalam pencapaian MatematikTambahan. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan telah digunakan dalamkajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan berstrata yangmelibatkan 205 orang murid Tingkatan Empat aliran sains yang mengambil matapelajaran Matematik Tambahan di 13 buah sekolah menengah di daerah Setiu.Instrumen kajian ialah borang soal selidik What is Happening in This Classroom(WIHIC) dan borang soal selidik gaya pembelajaran Model Dunn dan Dunn. Datadianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptifmenjelaskan tahap persepsi murid tentang psikososial persekitaran pembelajaran dangaya pembelajaran yang paling dominan diamalkan murid, manakala analisisinferensi pula melibatkan ujian MANOVA dan ujian Spearman Rho. Hasil kajianmenunjukkan bahawa aspek keakraban murid mempunyai tahap persepsi yang palingtinggi berbanding aspek lain dalam persekitaran pembelajaran psikososial, manakalahasil kajian juga mendapati kategori emosional merupakan kategori gaya Modelpembelajaran Dunn dan Dunn yang paling dominan. Hasil kajian secara keseluruhanmenunjukkan bahawa murid-murid di Sekolah Berasrama Penuh mementingkankeakraban antara satu sama lain berbanding murid-murid di sekolah lain. Manakalagaya pembelajaran di ketiga-tiga jenis sekolah menunjukkan tidak terdapat perbezaanyang signifikan mengikut jantina dan jenis sekolah. Analisis Spearman Rho pulamenunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara persekitaran pembelajaranpsikososial dengan pencapaian Matematik Tambahan, manakala tiada hubungan yangsignifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan.Kesimpulannya, kajian menunjukkan persekitaran pembelajaran psikososial dan gayapembelajaran dapat meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran MatematikTambahan. Implikasi kajian ialah persekitaran pembelajaran psikososial dan gayapembelajaran merupakan elemen yang perlu diberi perhatian dalam usahameningkatkan pencapaian mata pelajaran Matematik Tambahan.