Keberkesanan pelaksanaan 'Flipped Classroom' dalam mata pelajaran Sejarah bagi murid-murid tahun 5

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan pembelajaran Flipped Classroom terhadappencapaian akademik murid Tahun 5 dalam mata pelajaran Sejarah. Kajian ini juga bertujuanuntuk mengenal pasti tahap motivasi dan kepuasan belajar murid dalam pembelajaran Sejarah.Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saidatul Adidah Kamaruzzaman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6452
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan pembelajaran Flipped Classroom terhadappencapaian akademik murid Tahun 5 dalam mata pelajaran Sejarah. Kajian ini juga bertujuanuntuk mengenal pasti tahap motivasi dan kepuasan belajar murid dalam pembelajaran Sejarah.Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuasi eksperimen yang telah dijalankan di sebuahsekolah dalam daerah Kuala Selangor. Seramai 210 orang murid Tahun 5 telah dipilih secararawak sebagai sampel kajian. Sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulankawalan seramai 105 orang murid dan kumpulan rawatan juga seramai 105 orang murid.Instrumen kajian seperti ujian pra, ujian pos, serta soal selidik motivasi dan kepuasan belajartelah digunakan dalam kajian ini. Ujian-t digunakan untuk menentukan perbezaan Min skorantara pengajaran menggunakan Flipped Classroom dan Kaedah Konvensional. Dapatankajian menunjukkan perbezaan yang signifikan {t(208)=30.8, p <0.05} antara kumpulanrawatan dan kumpulan kawalan. Pencapaian akademik kumpulan rawatan lebih tinggiberbanding kumpulan kawalan. Dapatan kajian juga menunjukkan kumpulan rawatan telahmencapai skor Min motivasi (M=4.2; SP=0.12) dan kepuasan (M=4.6, SP=0.1) yang tinggi.Hasil kajian ini telah menunjukkan murid dalam kumpulan rawatan sangat komited dalamsemua aktiviti pembelajaran dan sentiasa seronok sepanjang pembelajaran Sejarah yangdilaksanakan melalui kaedah Flipped Classroom. Implikasi kajian menunjukkan bahawapenggunaan kaedah Flipped Classroom dapat memberi kesan yang positif terhadappencapaian akademik, motivasi dan kepuasan murid dalam pembelajaran dan pengajaran matapelajaran Sejarah.