Keberkesanan pendekatan Flipped Classroom terhadap pencapaian, minat dan motivasi pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual tingkatan 4

Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan pendekatan Flipped Classroom (FC)terhadap pencapaian, minat dan tahap motivasi pelajar. Kajian juga turut menilai hubunganantara tahap interaksi sosial dengan pencapaian pelajar serta hubungan antara efikasikendiri dengan pencapaian pelajar. Pendekatan kuant...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Izyafifi Mohd Jaya
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6453
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan pendekatan Flipped Classroom (FC)terhadap pencapaian, minat dan tahap motivasi pelajar. Kajian juga turut menilai hubunganantara tahap interaksi sosial dengan pencapaian pelajar serta hubungan antara efikasikendiri dengan pencapaian pelajar. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen telahdigunakan di dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan bertujuanmelibatkan 60 orang pelajar tingkatan empat aliran sastera yang mengambil mata pelajaran PendidikanSeni Visual (PSV) di dua buah sekolah dalam daerah Pekan. Sampel kajian dibahagikan kepada duakumpulan iaitu 30 orang pelajar kumpulan rawatan dan 30 orang pelajar kumpulan kawalan.Tiga jenis instrumen kajian digunakan iaitu instrumen ujian pencapaian, soal selidik minat danmotivasi serta tatacara pembelajaran PSV berasaskan pendekatan FC. Analisis inferensi secaraujian-t sampel tidak bersandar, ujian t sampel bersandar dan ujian korelasi Pearson digunakandalam kajian ini. Dapatan menunjukkan bahawa perbezaan terhadap pencapaian akademik secarasignifikan pada aras keyakinan 0.05 dengan min pencapaian akademik kumpulan rawatan (m=59.80) lebih tinggi dibandingkan dengan kumpulan kawalan (m=36.07), minat pelajardalam kumpulan rawatan meningkat daripada sebelum (m=3.31) kepada selepas rawatan (m=4.19) dantahap motivasi pelajar dalam kumpulan rawatan juga meningkat daripada sebelum (m=3.58)kepada selepas rawatan (m=4.61). Analisis korelasi Pearson menunjukkan wujud hubungan lemah(r=0.3) dan signifikan (p.05) antara tahap efikasi kendiri dengan pencapaian pelajar kumpulanrawatan. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan bahawa pendekatan FC telah meningkatkanpencapaian, minat dan tahap motivasi pelajar dalam mata pelajaran PSV. Seterusnya, secaratidak langsung memberi kesan positif dalam memperkasa elemen pembelajaran abad ke-21 terutamaelemen kolaboratif dan komunikasi, disamping meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT) para pelajar. Melalui kajian ini juga terhasilnya tatacarapembelajaran PSV berasaskan pendekatan FC.