Pembangunan kebolehgunaan Modul Manipulatif Jubin Algebra bagi murid tingkatan empat

Tujuan kajian ini ialah membangunkan Modul Manipulatif Jubin Algebra bagi muridTingkatan Empat berpencapaian sederhana dan rendah bagi topik Ungkapan danPersamaan Kuadratik dan seterusnya diuji kesahan dan kebolehgunaannya. Rekabentuk kajian ialah Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan. Dua instru...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rozita Mohamed Radzuan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6461
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini ialah membangunkan Modul Manipulatif Jubin Algebra bagi muridTingkatan Empat berpencapaian sederhana dan rendah bagi topik Ungkapan danPersamaan Kuadratik dan seterusnya diuji kesahan dan kebolehgunaannya. Rekabentuk kajian ialah Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan. Dua instrumendigunakan dalam kajian ini iaitu; Soal Selidik Persetujuan Pakar (SSPP) untukmenilai kesahan modul dan Soal Selidik Kebolehgunaan Modul (SSKM) digunakanuntuk menguji kebolehgunaan modul. Modul disemak oleh lima orang pakar untukkesahan modul dan peratus persetujuan pakar yang didapati ialah 83.2%. Modul jugadigunakan dalam pembelajaran untuk 47 orang murid lain dan min yang didapatiialah 3.237 (SP = .680). Hasil kajian menunjukkan Modul Manipulatif Jubin Algebramempunyai peratus kesahan pakar yang tinggi yang memberi indikasi modul inimempunyai isi kandungan yang menepati kurikulum, aktivitinya bersesuian dengantahap pelajar dan jubin algebra membantu meningkatkan kefahaman murid.Seterusnya, modul ini juga mempunyai nilai kebolehgunaan modul yang tinggi yangmenunjukkan aktiviti-aktiviti di dalam modul boleh diikuti oleh murid dengan baik.Sebagai kesimpulan Modul Manipulatif Jubin Algebra telah berjaya dibangunkan danterbukti mempunyai kesahan dan kebolehgunaan yang tinggi. Implikasinya, modul iniwajar digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran topik Ungkapan dan PersamaanKuadratik serta sebagai panduan dalam menghasilkan bahan bantu mengajar bagibidang pembelajaran algebra.