Perbandingan sosioekonomi masyarakat ladang dalam novel-novel terpilih Tamil Malaysia dan Sri Lanka

Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan membandingkan isu-isu sosioekonomimasyarakat ladang dalam sepuluh buah novel terpilih Tamil Malaysia dan Sri Lanka serta menganalisisunsur-unsur keselarian dalam isu-isu sosioekonomi tersebut. Novel- novel ini dipilih berdasarkanpersamaan unsur intrinsik yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kunaseelan Subramaniam
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6476
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan membandingkan isu-isu sosioekonomimasyarakat ladang dalam sepuluh buah novel terpilih Tamil Malaysia dan Sri Lanka serta menganalisisunsur-unsur keselarian dalam isu-isu sosioekonomi tersebut. Novel- novel ini dipilih berdasarkanpersamaan unsur intrinsik yang memaparkan kehidupan masyarakat ladang dan status sosioekonomi.Kajian ini ialah sebuah kajian kepustakaan berdasarkan analisis teks dan deskriptif. Analisis danperbincangan dibuat berpandukan teori kesusasteraan bandingan yang dipelopori oleh Henry H.H.Remak serta menggunakan pendekatan tematik dan pendekatan keselarian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat enam tema utama sosioekonomi yang berkisarpada kemiskinan, pendapatan, perumahan, pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas dalam kalanganmasyarakat ladang di Malaysia dan di Sri Lanka. Selain itu, terdapat 12 persamaan dan 18perbezaan yang berkaitan dengan lapan persoalan, iaitu makanan, pakaian, gaji yang rendah, amalanberhutang, rumah ladang, pendidikan sekolah Tamil, perkhidmatan kesihatan serta air, elektrik,jalan dan sanitasi. Di samping itu, lapan unsur keselarian telah dikenal pasti, iaitupendapatan yang rendah, faktor kemiskinan, iklim dan wilayah, budaya dan nilai, sistemekonomi kapitalis, dasar pecah dan perintah, sikap budaya miskin serta faktor pengarang danpersekitaran. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan keadaan sosioekonomi yang hampir samadalam kalangan masyarakat ladang di Malaysia dan di Sri Lanka. Implikasi kajian ini adalahpenting bagi memahami kepentingan novel-novel Tamil yang menjadi sumber pensejarahanmasyarakat ladang di Malaysia dan di Sri Lanka.