Reka bentuk dan pembangunan model pengajaran "e-TVET" bagi program mekanikal dan pembuatan di Kolej Vokasional Zon Utara

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Model Pengajaran e-TVET bagi programmekanikal dan pembuatan di kolej vokasional zon utara. Kajian ini menggunakan kaedahKajian Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) untuk membangunkan model pengajaran e-TVET melalui tiga fasa. Fasa pertama kajian ini ialah untuk m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khairu Nuzul@Mohd Khairul Nuzul Hassan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6482
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Model Pengajaran e-TVET bagi programmekanikal dan pembuatan di kolej vokasional zon utara. Kajian ini menggunakan kaedahKajian Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) untuk membangunkan model pengajaran e-TVET melalui tiga fasa. Fasa pertama kajian ini ialah untuk mengenalpasti keperluanmembangunkan model Pengajaran e-TVET bagi program mekanikal dan pembuatan.Kajian analisis keperluan telah dijalankan melalui temu bual dan soal selidik terhadapempat orang pakar dan 108 orang guru yang terlibat dengan program mekanikal danpembuatan di kolej vokasional zon utara. Fasa kedua pula ialah untuk mereka bentukModel Pengajaran e-TVET bagi program mekanikal dan pembuatan menggunakan teknikfuzzy delphi di mana seramai 20 orang pakar telah terlibat. Fasa ketiga pula ialah untukmenilai kebolehgunaan Model Pengajaran e-TVET bagi program mekanikal danpembuatan. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik diskriptif iaitu peratusan, mindan sisihan piawai. Data kualitatif pula dianalisis secara tematik analisis. Dapatan fasapertama iaitu analisis keperluan mendapati responden pensyarah kolej vokasional bersetuju(M=4.18; SP=0.54) bahawa model e-TVET perlu dibangunkan. Dapatan fasa keduadaripada Teknik fuzzy delphi menggunakan triangular fuzzy numbers dan defuzzificationprocess iaitu proses untuk menentukan ranking bagi setiap pembolehubah yang terdiridaripada tujuh konstruk mendapati nilai threshold d kurang 0.2 dan peratus kesepakatanpakar melebihi 75%. Ini menunjukkan kesemua konstruk iaitu (a) objektif pengajaran (b)aktiviti pengajaran (c) strategi pengajaran (d) kemahiran berfikir aras tinggi (d) refleksi (e)bentuk penilaian dan (f) pembangunan pengajaran untuk membina model Pengajaran e-TVET telah mencapai kesepakatan pakar yang tinggi. Dalam konteks kebolehgunaanmodel, dapatan fasa ketiga iaitu hasil teknik kumpulan nominal daripada 30 orangpensyarah Kolej vokasional zon utara kajian menunjukkan persetujuan melebihi 70%.Kesimpulannya, model pengajaran e-TVET yang dibangunkan mempunyai kebolehgunaanyang tinggi untuk digunakan di kolej vokasional. Implikasinya, Model pengajaran e-tvetini boleh digunakan oleh pensyarah kolej vokasional untuk meningkatkan kompetensipensyarah dalam pengajaran dalam bidang teknikal dan vokasional.