Hubungan literasi emosi, kompetensi sosial dengan pencapaian intelek dan jasmani
Pendidikan Jasmani dan kesihatan adalah salah satu mata pelajaran teras yang diharapdapat mendukung pencapaian Jasmani, emosi, rohani dan, emosi (JERI), selari dengankehendak Falsafah Pendidikan Negara. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap,hubungan literasi emosi dan kompetensi sosial ter...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6485 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pendidikan Jasmani dan kesihatan adalah salah satu mata pelajaran teras yang diharapdapat mendukung pencapaian Jasmani, emosi, rohani dan, emosi (JERI), selari dengankehendak Falsafah Pendidikan Negara. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap,hubungan literasi emosi dan kompetensi sosial terhadap pencapaian intelek serta jasmanipelajar. Pemilihan responden kajian dijalankan secara pensampelan rawak bebasbertujuan dengan melibatkan seramai 322 orang pelajar tingkatan empat sekolahmenengah kebangsaan di Daerah Sepang. Satu set soal selidik digunakan sebagaiinstrumen kajian yang mengandungi 30 item menggunakan pengukuran berskala likert.Instrumen soal selidik adalah diadaptasi dari Emotional Literacy Assessment Instrument(2003), dan Social Competence for Teachers and Student (2012). Analisis deskriptifmenggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Manakala analisis inferensdilakukan menggunakan ujian korelasi dan regresi berganda. Hasil dapatan kajianmendapati tahap literasi emosi dan kompetensi sosial pelajar berada di tahap sederhana(min=2.542 hingga 2.790). Secara keseluruhannya analisis kajian juga mendapati terdapathubungan linear positif yang kuat antara literasi emosi, kompetensi sosial (r=0.669,p=0.050) terhadap tahap pencapaian intelek pelajar. Manakala hubungan antara literasiemosi, kompetensi sosial terhadap tahap pencapaian jasmani pelajar (r=0.063, p=0.131).Kesimpulannya, literasi emosi dan kompetensi sosial sebagai variabel bebas secarabersama-sama berpengaruh signifikan dengan nilai kekuatan (R2=0.987) bersamaan98.7% ke atas pemboleh ubah bersandar kajian. Keputusan ini membawa implikasibahawa seseorang pelajar yang mempunyai tahap literasi emosi dan kompetensi sosialyang baik juga berkemungkinan cenderung mempunyai tahap intelek dan jasmani yangbaik. Oleh itu, tahap literasi emosi dan kompetensi sosial seseorang dapat dijangkakanseiring dengan tahap pencapaian akademik dan jasmani mereka. Guru sebagai pendukungutama kepada kejayaan pengukuhan JERI dalam kurikulum, seharusnya diberi lebihpendedahan berkaitan pendidikan literasi emosi dan kompetensi sosial khususnya dalammata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan bagi melahirkan pelajar yang mampubersaing di peringkat global. |
---|