Signifikasi bekas bara besar Terengganu dalam seni warisan kraf tembaga

Kraftangan tembaga adalah warisan yang telah lama wujud dalam masyarakatMelayu, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur Malaysia. Keunikan bekas bara terbesarini menjadi satu daripada lambang kegemilangan pertukangan tembaga di negeri Terengganu.Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji signifikasi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yazid Parlan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6512
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kraftangan tembaga adalah warisan yang telah lama wujud dalam masyarakatMelayu, khususnya di negeri-negeri Pantai Timur Malaysia. Keunikan bekas bara terbesarini menjadi satu daripada lambang kegemilangan pertukangan tembaga di negeri Terengganu.Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji signifikasi Bekas Bara Besar Terengganu dalam seniwarisan kraf tembaga melalui metodologi penerokaan dan analisis reka bentuk dan corak yangterdapat pada artifak berkenaan. Kaedah penyelidikan secara kualitatif dengan pendekatansejarah digunakan dalam kajian ini. Analisis melibatkan 27 responden yang terdiri daripadaempat orang sejarawan, sembilan pakar kraf dalam bidang tembaga, lapan penggiat dariagensi seni kreatif dan warisan serta enam budayawan tempatan. Dapatan kajian melaluipemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen telah menunjukkan kewujudan artifak mempunyaikaitan dengan sejarah perkembangan Islam, perdagangan, dan kegemilangan kerajaan negeri Terengganudalam pembuatan kraftangan pada ketika itu. Hasil dapatan menunjukkan artifak inimempunyai beberapa signifikasi yang merangkumi bahan, teknologi, rupa bentuk, ragam hias yangtersurat, dan elemen dalaman, seperti sejarah kewujudan, falsafah kegunaan, corak serta motif yangtersirat pada Bekas Bara Besar Terengganu yang menggambarkan keterampilan, nilai pemikiranserta manifestasi tukang Melayu masa dahulu yang boleh dijadikan panduan merentas zaman melaluiartifak yang ditinggalkan. Kesimpulannya Bekas Bara Besar Terengganu merupakan artifak seniwarisan Melayu yang signifikan dari segi falsafah, kraftangan dan teknologi. Implikasikajian menunjukkan sumbangan artifak warisan ini bukan hanya menjadi koleksi tetapi perluditerjemahkan dan dikongsi intipatinya dengan segenap lapisan masyarakat melalui pelbagai mediainformasi terkini dalam usaha membinasebuah negara yang berdaya maju yang mempunyai jati diri bangsa yang tinggi.