Pengubahsuaian dan pengujian model integrasi multimedia interaktif untuk penulisan rumusan

Tujuan kajian adalah untuk mengubahsuai dan menguji Model Integrasi MultimediaInteraktif (MIMI) iaitu melibatkan integrasi teks dan grafik maya untuk penulisanrumusan tingkatan empat. Pengubahsuaian model adalah berdasarkan elemen KitarPembelajaran Lawson (1995) iaitu penerokaan, pengenalan terma, d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Syafira Adnan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6526
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian adalah untuk mengubahsuai dan menguji Model Integrasi MultimediaInteraktif (MIMI) iaitu melibatkan integrasi teks dan grafik maya untuk penulisanrumusan tingkatan empat. Pengubahsuaian model adalah berdasarkan elemen KitarPembelajaran Lawson (1995) iaitu penerokaan, pengenalan terma, dan aplikasi konsep.Penyelidikan ini dibahagikan kepada dua fasa reka bentuk kajian. Reka bentuk kajiankualitatif digunakan dalam Fasa I menerusi kaedah pengubahsuaian model denganberasaskan ADDIE (Rosset,1987). Dalam Fasa II pula, reka bentuk kajian kuantitatifdigunakan menerusi kaedah kuasi eksperimen. Seramai 30 orang murid tingkatan empatdipilih sebagai sampel. Dalam fasa ini, pencapaian murid dinilai sebelum dan selepaspenggunaan model, selain mengenal pasti perbezaan dalam skor min ujian pra dan pascaterhadap penulisan rumusan. Dua jenis instrumen kajian digunakan iaitu analisis kesahanpakar serta ujian pra dan pasca. Data dianalisis secara deskriptif dan inferens. Analisisdeskriptif menjelaskan pencapaian kemahiran menulis rumusan oleh murid sebelum danselepas penggunaan model. Kajian menggunakan statistik ANCOVA untuk analisisinferens. Hasil kajian menunjukkan nilai F (1,27) = 45.6, dengan paras signifikan <0.05.Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan bahaninteraktif dengan konvensional. Implikasi daripada kajian menunjukkan bahawapenggunaan MIMI telah meningkatkan pencapaian penulisan rumusan murid.