Kecenderungan penyertaan takaful mikro dalam kalangan usahawan perusahaan mikro.kecil dan sederhana di Pelepat Ilir, Jambi, Indonesia

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhikecenderungan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)menyertai skim takaful mikro menggunakan Teori Tingkah Laku Terancang(Theory of Planned Behaviour, TPB). Tiga pemboleh ubah TPB iaitu sikap, normasubjektif dan da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lina Ade Chusmita
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6527
Tags: Add Tag
theory 1
tpb 1
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhikecenderungan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)menyertai skim takaful mikro menggunakan Teori Tingkah Laku Terancang(Theory of Planned Behaviour, TPB). Tiga pemboleh ubah TPB iaitu sikap, normasubjektif dan dasar inklusif kewangan dianalisis. Kajian ininerbentuk kuantitatifdan menggunakan instrumen soal selidik. Seramai 272 orang usahawan PMKStelah dipilih untuk menjadi sampel kajian berdasarkan kaedah pensampelan rawakmudah. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan model persamaanberstruktur. Dapatan kajian menujukkan bahawa pemboleh ubah sikap ( = 0.383 p<0.001) dan pemboleh ubah inklusif kewangan ( = 0.553 p <0.001) mempunyaipengaruh yang signifikan dan positif terhadap kecenderungan penyertaan terhadaptakaful mikro. Namun, pemboleh ubah norma subjektif ( = -0.001 p >0.001) tidakmempengaruhi secara signifikan terhadap kecenderungan menyertai takaful mikro.Kesimpulannya, faktor sikap dan dasar inklusif kewangan adalah signifikan dalammeningkatkan penyertaan skim takaful mikro. Implikasi kajian menunjukkanbahawa pengusaha-pengusaha skim takaful dan pembuat dasar perlu mengambilkira faktor-faktor yang terdapat dalam TPB apabila merancang suatu strategi danmembuat keputusan yang berkait dengan skim takaful mikro. Di samping itu,pengusaha-pengusaha takaful juga perlu merangka pelan strategik pemasaran yangmerangkumi seluruh strata masyarakat bagi menggalakkan penyertaan skim takafulmikro dalam kalangan usahawan PMKS di Indonesia.