Kesediaan guru melaksanakan pendidikan abad ke-21

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi guru dalam kesediaan guruuntuk melaksanakan pendidikan abad ke-21 (PAK21). Tahap kesediaan gurumelaksanakan pendidikan abad ke-21 dilihat berdasarkan aspek pengetahuan gurutentang pembelajaran pendidikan abad ke-21, kemahiran menggunakan siste...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norazaludin Azmil Razaly
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6528
Tags: Add Tag
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi guru dalam kesediaan guruuntuk melaksanakan pendidikan abad ke-21 (PAK21). Tahap kesediaan gurumelaksanakan pendidikan abad ke-21 dilihat berdasarkan aspek pengetahuan gurutentang pembelajaran pendidikan abad ke-21, kemahiran menggunakan sistempengurusan pembelajaran VLE Frog dan sokongan pentadbir. Instrumen soal selidikdipilih sebagai medium untuk menjalankan kajian kuantitatif ini. Dalam kajian iniseramai 330 orang guru sekolah rendah dari daerah Kuala Selangor telah dipilih secararawak sebagai sampel kajian ini. Berdasarkan keputusan kajian, didapati bahawamajoriti guru berpendapat meraka mempunyai pengetahuan yang tinggi tentangPAK21(M=3.71, sp=0.464), kemahiran guru menggunakan sistem pengurusanpembelajaran VLE Frog adalah tahap sederhana (M=2.88, sp=0.704). Bagi tahapsokongan pentadbir, guru bersetuju mereka mempunyai sokongan dari pentadbir(M=386, sp=0.562). Selain itu, guru juga berpendapat mereka bersedia melaksanakanpendidikan abad ke-21 (M=3.88, sp=0.497). Analisis korelasi menunjukkan terdapathubungan positif yang signifikan antara pengetahuan guru dengan kesediaan gurumelaksanakan PAK 21 (r=0.660), kemahiran guru menggunakan sistem pengurusanpembelajaran VLE Frog dengan kesediaan guru melaksanakan PAK21 (r=0.199) dansokongan pentadbir dengan kesediaan guru melaksanakan PAK21 dengan nilai korelasi(r=0.389). Kesimpulannya, dalam meningkatkan kesediaan guru untuk melaksanakanPAK21 faktor pengetahuan tentang PAK21 adalah aspek yang paling penting.Implikasi kajian mendapati, pihak Kementerian Pendidikan dan pentadbir sekolah perlumemperbanyakkan dan mempelbagaikan latihan bagi tujuan meningkatkanpengetahuan guru dalam PAK21.