Pembinaan dan kesan modul celik STEM terhadap pencapaian sains, pemikiran kreatif dan gaya kreativiti murid tingkatan satu

Kajian ini bertujuan membina dan menentukan kesan Modul Celik STEM terhadappencapaian sains, pemikiran kreatif, dan gaya kreativiti murid. Kajian ini menggunaka npendekatan kuantitatif yang terdiri daripada dua peringkat utama. Peringkat pertamamelibatkan reka bentuk pembangunan bagi membina Modul C...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Adnan Mohd Shukri
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6531
Tags: Add Tag
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membina dan menentukan kesan Modul Celik STEM terhadappencapaian sains, pemikiran kreatif, dan gaya kreativiti murid. Kajian ini menggunaka npendekatan kuantitatif yang terdiri daripada dua peringkat utama. Peringkat pertamamelibatkan reka bentuk pembangunan bagi membina Modul Celik STEM dan peringkatkedua menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen bagi menentukan kesan modul yangdibina. Seramai 60 orang murid tingkatan satu dari sebuah sekolah berasrama di daerahBaling, Kedah dipilih sebagai responden melalui pensampelan rawak berkelompok.Responden terdiri daripada 30 orang murid kumpulan rawatan dan 30 orang muridkumpulan kawalan. Modul yang dibina disahkan oleh lima orang pakar dengan indekskesahan .90. Tiga jenis instrumen digunakan adalah ujian pencapaian sains, ujianpemikiran kreatif dan soal selidik gaya kreativiti yang masing-masing memperole hindeks kesahan .96, .94 dan .96 serta kebolehpercayaan .87, .90 dan .90. Data dianalis ismelalui statistik deskriptif dan inferens. ANCOVA sehala menunjukkan perbezaanyang signifikan antara kedua-dua kumpulan terhadap skor ujian pasca pencapaian sains[F (1,57) = 25.181, p = .000] dan skor ujian pasca pemikiran kreatif [F (1,57) = 16.639,p = .000] apabila skor ujian pra dikawal secara statistik. ANOVA sehala bagipengukuran berulang mengesahkan perbezaan yang signifikan terhadap empat gayakreativiti murid kumpulan rawatan sebelum dan selepas lapan minggu intervens idilaksanakan iaitu percaya kepada proses tanpa sedar [Wilks Lambda = .751, F (1,29)= 9.599, p = .004], menggunakan teknik [Wilks Lambda = .804, F (1,29) = 7.063, p =.013], menggunakan individu lain [Wilks Lambda = .437, F (1,29) = 37.393, p = .000]dan mengawal persekitaran/regulasi tingkah laku kendiri [Wilks Lambda = .782, F(1,29) = 8.081, p = .008]. Analisis korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapathubungan yang signifikan antara pemikiran kreatif dengan pencapaian sains bagikumpulan rawatan (r = .220, p = .243) dan kumpulan kawalan (r = .308, p = .098) danantara pemikiran kreatif dengan gaya kreativiti bagi kumpulan rawatan (r = .294, p =.115). Kesimpulannya, penggunaan Modul Celik STEM dalam PdP dapatmeningkatkan pencapaian sains, pemikiran kreatif dan gaya kreativiti murid dengansignifikan. Implikasinya, Modul Celik STEM yang mengetengahkan pendekatanSTEM sebagai salah satu strategi PdP boleh digunakan para guru bagi meningkatka nlagi kefahaman murid dalam mata pelajaran Sains.