Pembangunan model kemahiran hijau dalam mata pelajaran reka cipta di sekolah menengah

Kajian ini dijalankan untuk membangun dan mengesahkan model Kemahiran Hijaudalam mata pelajaran Reka Cipta sekaligus mengkaji hubungan di antara sikap,pengetahuan dan nilai dengan Kemahiran Hijau. Kajian ini menggunakan reka bentukkaedah bercampur yang dikenali sebagai Exploratory Sequential Method...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bushra Limuna Ismail
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6533
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk membangun dan mengesahkan model Kemahiran Hijaudalam mata pelajaran Reka Cipta sekaligus mengkaji hubungan di antara sikap,pengetahuan dan nilai dengan Kemahiran Hijau. Kajian ini menggunakan reka bentukkaedah bercampur yang dikenali sebagai Exploratory Sequential Method di manapendekatan kualitatif digunakan pada fasa pertama yang mengaplikasikan tekniktemubual. Seramai 11 orang pakar ditemubual menggunakan teknik persampelanbertujuan bagi penerokaan elemen Kemahiran Hijau. Dalam fasa kedua pulamenggunakan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) bagi pengesahan elemen kemahiran hijau.Seterusnya kajian tinjauan yang menggunakan dua jenis persampelan iaitu rawakberstrata dan rawak mudah bagi pemilihan sampel mengikut zon. Seramai 446 dari5181 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajar Reka Cipta di seluruhSemenanjung Malaysia telah dipilih sebagai sampel kajian. Analisis SmartPLSversion3.0 telah digunakan untuk melihat hubungan di antara sikap, pengetahuan dan nilaidengan Kemahiran Hijau dan akhir sekali adalah pengesahan dan pembangunan modelKemahiran Hijau. Dapatan kajian menunjukkan model Kemahiran Hijau terdiridaripada sepuluh elemen yang perlu ada dalam diri pelajar iaitu (i) kesedaran alamsekitar (ii) amalan hijau; (iii) kemahiran pembelajaran; (iv) pembangunan kerjaya; (v)kemahiran STEM; (vi) kemahiran keusahawanan; (vii) kemahiran komunikasi; (viii)kemahiran interpersonal; (ix) kemahiran pengurusan kendiri dan (x) kemahiran intelek.Kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap dannilai dengan Kemahiran Hij au di mana nilai empirikal t adalah lebih besar daripadanilai kritikal (/3=0.225, (=4.764, p