Faktor-faktor yang mendorong salah laku seksual dalam kalangan remaja perempuan di Institusi Pemulihan Akhlak,Perak
Kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor-faktor yang mendorong remaja perempuanyang terlibat dengan salah laku seksual di sebuah Institusi Pemulihan Akhlak, Perak.Pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini danseramai 10 orang responden dipilih secara persampelan...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6539 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor-faktor yang mendorong remaja perempuanyang terlibat dengan salah laku seksual di sebuah Institusi Pemulihan Akhlak, Perak.Pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini danseramai 10 orang responden dipilih secara persampelan bertujuan. Pengumpulan datakajian adalah melalui kaedah temubual yang mendalam secara individu dan anlisisdokumen. Kaedah analisis tematik oleh Braun dan Clark digunakan untuk menganalisisdapatan kajian. Dapatan kajian mendedahkan empat motif perlakuan respondenmelakukan salah laku seksual iaitu perasaan ingin mencuba, cinta, keseronokan dan duit.Dapatan juga menunjukkan kawalan ibu bapa didapati lemah dan sederhanamenyebabkan responden terdorong untuk melakukan salah laku seksual. Dapatan kajianturut mendapati bahawa tingkahlaku delinkuen yang digunakan untuk melepaskan diridaripada kawalan ibu bapa ialah pergi bersiar-siar, pergi ke rumah kawan, belajar secaraberkumpulan dan keluar tanpa pengetahuan ahli keluarga. Ciri-ciri pasangan respondenpula ialah lelaki yang sudah bekerja, lebih berusia, pandai mengambil hati dan pendengaryang baik. Kesimpulannya, elemen-elemen yang mendorong salah laku seksual dalamkalangan remaja perempuan ialah motif perlakuan, kawalan ibu bapa, tingkahlakudelinkuen untuk mengelakkan diri daripada kawalan ibu bapa dan ciri-ciri yang dimilikioleh pasangan responden. Implikasinya, pengesanan awal dan strategi pencegahan dapatdilaksanakan oleh ibu bapa, guru-guru dan agensi yang berkaitan bagi mengurangkansalah laku seksual dalam kalangan remaja perempuan. |
---|