Satu penilaian kritis tentang perubahan kurikulum Pendidikan Moral dan strategi pelaksanaannya (IR)

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk meneroka perubahan dalam kurikulum Pendidikan Moral tahun 2000 dan pelaksanaannya pada tabun 2003 di sekolahsekolah menengah kebangsaan. Kajian ini juga mengkaji rnasalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan perubah an kurikulum. Perub...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Kogindran Solumuthu
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2014
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=655
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk meneroka perubahan dalam kurikulum Pendidikan Moral tahun 2000 dan pelaksanaannya pada tabun 2003 di sekolahsekolah menengah kebangsaan. Kajian ini juga mengkaji rnasalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan perubah an kurikulum. Perubahan dalam kurikulum Pendidikan Moral dianalisis berdasarkan fokus kurikulum, kandungan kurikulum yang disemak semula, pengajaran dan kaedah pembelajaran serta sistem pentaksiran. Kajian ini juga menganalisis perubahan kurikulum yang dilaksanakan mengikut model perubahan dan strategi yang digunakan dalam menyebarkan kurikulum ini. Data ini dikumpul melalui analisis dokumen dan temubual. Data yang dikumpulkan melalui kaedah temubual ini melibatkan tujuh guru Pendidikan Moral, enam ketua panitia Pendidikan Moral, seorang pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan seorang pegawai dari Pusat Perkembangan Kurikulum. Guru-guru dan Ketua-ketua Panitia adalah dari sekolahsekolah di daerah Kinta Utara. Temubual ini telah dianalisis secara kritis. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru mengetahui tentang perubahan kurikulum yang digubal, walau bagaimanapun, guru-guru menghadapi beberapa masalah dalam melaksanakan kurikulum. Masalah yang dihadapi adalah kekeliruan tentang nilai-nilai baru yang diperkenalkan, kekurangan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan yang tidak mencukupi tentang sistem pentaksiran.