Pengaruh tekanan kerja dan kecerdasan menghadapi cabaran ke atas komitmen kerja

Kajian ini bertujuan untuk mengukur pengaruh tekanan kerja dan kecerdasanmenghadapi cabaran terhadap komitmen kerja dalam kalangan Guru Bimbingan danKaunseling. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauanmelibatkan pemilihan subjek kajian melalui kaedah persampelan rawak mudahme...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Adib Farhan Sapian
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6553
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengukur pengaruh tekanan kerja dan kecerdasanmenghadapi cabaran terhadap komitmen kerja dalam kalangan Guru Bimbingan danKaunseling. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauanmelibatkan pemilihan subjek kajian melalui kaedah persampelan rawak mudahmelibatkan 200 orang Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sarawak yang terdiridaripada 100 orang guru lelaki dan 100 orang guru perempuan. Instrumen dalamkajian ini ialah Adversity Response Profile (ARP) Quick Take, Soal Selidik TekananKerja dipetik daripada kajian Othman (1994) dan Soal Selidik OrganisationalComitment Questionaire (OCQ) oleh Mowday, Steers dan Porter (1979) yang telahditerjemahkan dan diubahsuai bagi kesesuaian kajian terhadap Guru Bimbingan danKaunseling. Data dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif, ujian-t sampeltidak bersandar, analisis korelasi Pearson r dan regresi pelbagai. Keputusan kajianmenunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tekanan kerja Guru Bimbingandan Kaunseling, kecerdasan menghadapi cabaran dan komitmen kerja berdasarkanjantina dan tempoh perkhidmatan. Analisis korelasi mendapati terdapat hubunganyang signifikan antara kesemua dimensi di dalam kecerdasan menghadapi cabarandengan tekanan kerja dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling dan tidakterdapat perhubungan yang signifikan antara tiga dimensi di dalam kecerdasanmenghadapi cabaran dengan komitmen kerja dan menunjukkan Dimensi Asal Usuldan Tanggungjawab mempunyai hubungan yang signifikan dengan komitmen kerja.Analisis korelasi juga menunjukkan komitmen kerja mempunyai hubungan dengantekanan kerja dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling. Akhir sekali, analisisRegresi menunjukkan bahawa tekanan kerja dan kecerdasan menghadapi cabaranmemberi pengaruh kepada komitmen kerja Guru Bimbingan dan Kaunseling. Olehitu, Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah mempunyai kecerdasan menghadapicabaran yang tinggi supaya dapat mengawal tekanan kerja yang dialami danseterusnya meningkatkan komitmen kerja. Kesimpulannya, daripada kajian yangdijalankan menunjukkan komitmen kerja dipengaruh tekanan kerja dan kecerdasanmenghadapi cabaran dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sarawak.Implikasi dapatan kajian menunjukkan pelbagai pihak perlu membantu GuruBimbingan dan Kaunseling dalam mengurangkan tekanan kerja dan meningkatkankecerdasan menghadapi cabaran demi meningkatkan komitmen kerja GuruBimbingan dan Kaunseling.