Kesan strategi pengajaran integrasi kandungan,perwakilan dan kemahiran berfikir aras tinggi terhadap pencapaian dan sikap murid tingkatan 4 dalam penyelesaian masalah Algebra
Kajian ini bertujuan menentukan kesan strategi pengajaran integrasi Kandungan,Perwakilan dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KP-KBAT) terhadap pencapaian dansikap murid tingkatan 4 dalam penyelesaian masalah algebra. Reka bentuk kajian yangdigunakan ialah kuasi eksperimen ujian pra-pasca kumpulan ka...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6578 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan menentukan kesan strategi pengajaran integrasi Kandungan,Perwakilan dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KP-KBAT) terhadap pencapaian dansikap murid tingkatan 4 dalam penyelesaian masalah algebra. Reka bentuk kajian yangdigunakan ialah kuasi eksperimen ujian pra-pasca kumpulan kawalan tidak setara.Sampel kajian terdiri daripada dua buah kelas berjumlah 42 murid Tingkatan 4 yangdipilih secara rawak berkelompok daripada sebuah sekolah di daerah Kulim BandarBaharu, Kedah. Kumpulan eksperimen (24 murid) menjalani pengajaran strategi KPKBATmanakala kumpulan kawalan (18 murid) menjalani Strategi PengajaranKonvensional (SPK) bagi topik Ungkapan dan Persamaan Kuadratik. Dua jenisinstrumen digunakan bagi mengumpul data iaitu Ujian Pra dan Pasca PencapaianUngkapan dan Persamaan Kuadratik dan Soal Selidik Sikap terhadap PenyelesaianMasalah. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min dan sisihan piawai,disusuli dengan analisis statistik inferensi menggunakan Analisis Kovarian(ANCOVA). Dapatan kajian menunjukkan bahawa apabila pra ujian pencapaiandijadikan kovariat, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan [F(1, 39) = 0.78 ,p >0.05] bagi markah ujian pasca antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.Walau bagaimanapun, kumpulan eksperimen [(min = 17.00, s.p. = 4.93)] menunjukkanmin markah pencapaian yang lebih tinggi daripada kumpulan kawalan [(min = 16.56,s.p. = 4.58)]. Seterusnya, apabila skor soal selidik pra sikap terhadap penyelesaianmasalah dijadikan kovariat, didapati terdapat perbezaan signifikan [F(1, 39) = 9.53, p<0.05] bagi skor soal selidik pasca antara kumpulan eksperimen dan kawalan.Kumpulan eksperimen (min = 64.75, s.p. = 5.42) menunjukkan min skor soal selidikyang lebih tinggi dibandingkan dengan kumpulan kawalan [(min = 60.39, s.p. = 5.40)].Kesimpulannya, pengajaran menggunakan strategi KP-KBAT tidak memberi kesanterhadap pencapaian murid, tetapi ia memberi kesan ke atas sikap murid terhadappenyelesaian masalah bagi topik Ungkapan dan Persamaan Kuadratik. Implikasinya,strategi KP-KBAT merupakan satu strategi alternatif dalam pengajaran penyelesaianmasalah algebra dan boleh diaplikasi secara umumnya dalam pengajaran danpembelajaran matematik kerana sikap positif terhadap penyelesaian masalah matematikboleh memberi impak terhadap prestasi murid. |
---|