Mereka bentuk modul pengajaran huruf Tamil 'Uyir Eluthu' bagi pembelajaran bahasa Tamil di prasekolah

Kajian ini bertujuan mereka bentuk modul pengajaran Bahasa Tamil bagi pembelajarankemahiran huruf Tamil ( Uyir Eluthu ) di prasekolah. Model ADDIE digunakan dalamkajian ini bagi menghasilkan satu modul pengajaran yang menarik dan berguna kepadaguru prasekolah yang mengajar kemahiran huruf Tamil Uyir...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Gunalan Kannapiran
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6610
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mereka bentuk modul pengajaran Bahasa Tamil bagi pembelajarankemahiran huruf Tamil ( Uyir Eluthu ) di prasekolah. Model ADDIE digunakan dalamkajian ini bagi menghasilkan satu modul pengajaran yang menarik dan berguna kepadaguru prasekolah yang mengajar kemahiran huruf Tamil Uyir Eluthu. Kajian inibertujuan untuk membantu guru-guru prasekolah mudah mengajar Bahasa Tamilkemahiran membaca dan menulis huruf Tamil (Uyir Eluthu) dalam kalangan kanakkanakprasekolah. Pendekatan kualitatif dalam kajian ini ialah kajian kes dimanainstrumen yang digunakan seperti temu bual, soal selidik dan pemerhatian. Tujuh orangresponden yang terdiri daripada guru-guru prasekolah terlibat dalam kajian inimanakala tiga orang pakar dalam bidang Bahasa Tamil memastikan ketepatan modulpengajaran yang dihasilkan. Semua responden dalam kajian ini terdiri daripada guruguruprasekolah yang berpengalaman dan masih bertugas. Prasekolah luar bandar dankanak-kanak daripada pelbagai latar belakang yang terlibat dalam kajian ini berada didaerah Bagan Datuk. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kanak-kanakprasekolah dapat membaca dan menulis semua huruf Uyir Eluthu dengan cepat danbetul semasa penilaian pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakanmodul pengajaran MITRA. Disamping itu, kajian ini juga memberi peluang untuklebih mengenali kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai dan dapat memberi kesankepada kanak-kanak seawal usia muda mereka. Responden juga dapat menarik minatkanak-kanak prasekolah semasa mengajar huruf Tamil menggunakan modul MITRAdalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Didapati bahawa pendekatan penggunaanmodul pengajaran yang lengkap dengan rancangan pengajaran harian dapat membantuguru-guru prasekolah mengajar huruf Tamil dengan mudah dan lancar. Kesimpulannya,kajian menunjukkan bahawa mereka bentuk modul pengajaran berasaskan modelADDIE adalah bersistematik dan bermutu tinggi. Selain itu, hasil dapatan kajian inimemberi implikasi terhadap idea mereka bentuk bahan bantu mengajar yang berkualitidalam kalangan guru prasekolah. Akhir sekali, dapatan kajian menunjukkan bahanbantu mengajar seperti modul pengajaran MITRA dalam pembelajaran danpengajaran Bahasa Tamil dapat menarik minat kanak-kanak prasekolah dan merekalebih bermotivasi untuk mengikuti dan mempelajari huruf Tamil Uyir Eluthu dalammata pelajaran Bahasa Tamil.