Hubungan antara pemilihan tadika dan perkembangan sosial kanak-kanak dari perspektif ibu bapa

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan antara pemilihantadika dan perkembangan sosial kanak-kanak dari perspektif ibu bapa di Mukim KotaDamansara. Reka bentuk hubungan dipilih untuk menjawab lima persoalan kajian dantiga hipotesis. Konseptual kajian adalah berdasarkan kepa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nik Nurul Hazwani Md Narizam
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6611
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan antara pemilihantadika dan perkembangan sosial kanak-kanak dari perspektif ibu bapa di Mukim KotaDamansara. Reka bentuk hubungan dipilih untuk menjawab lima persoalan kajian dantiga hipotesis. Konseptual kajian adalah berdasarkan kepada Teori Pemilihan yangterdiri daripada aspek kualiti pengajaran, kualiti penjagaan dan perkhidmatan, kualitipersekitaran serta kualiti pengurusan dan pentadbiran dan Teori Bronfenbrenner.Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Dua set instrumen telahdigunakan untuk mengukur kualiti tadika dan perkembangan sosial kanak-kanak.Seramai 181 orang ibu bapa dipilih secara rawak untuk menjadi responden.Berdasarkan analisis korelasi pearson mendapati bahawa terdapat hubungan yangpositif sederhana dan signifikan antara pemilihan tadika dengan perkembangan sosialkanak-kanak (r=0.51, p <0.05). Begitu juga bagi pendapatan ibu bapa denganpemilihan tadika menunjukan ianya terdapat hubungan yang signifikan secara positifsederhana dengan nilai signifikan 0.01 (p <0.05) dan nilai r = 0.67. Namun begitu,taraf pendidikan dengan pemilihan tadika dalam kalangan ibu bapa menunjukkanbahawa ianya tidak terdapat hubungan yang signifikan kerana nilai signifikan adalah0.059 iaitu melebihi 0.05 (r=0.59, p >0.05). Dapatan ini secara keseluruhanmenunjukkan keempat-empat aspek kualiti iaitu kualiti pengajaran, kualiti penjagaandan perkhidmatan, kualiti persekitaran serta kualiti pengurusan dan pentadbiranpenting dalam pemilihan tadika dalam kalangan ibu bapa. Implikasi kajianmenunjukkan bahawa kualiti tadika memainkan peranan yang penting terhadapperkembangan sosial dalam diri kanak-kanak serta menjadi keutamaan ibu bapa untukmenilai sebelum menghantar anak mereka ke tadika.