Begendang Sarawak: kajian rekonstruksi kreatif dalam aspek bertandak (IR)

Tesis ini mengkaji seni persembahan tradisi Begendang Sarawak. Persembahan gendang Sarawak merupakan persembahan tradisi rakyat khususnya bagi masyarakat Melayu di Sarawak. Kajian ini meneliti proses perubahan yang berlaku antara persembahan begendang tradisi dengan yang baharu. Proses perubahan yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurulakmal Abdul Wahid
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=662
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tesis ini mengkaji seni persembahan tradisi Begendang Sarawak. Persembahan gendang Sarawak merupakan persembahan tradisi rakyat khususnya bagi masyarakat Melayu di Sarawak. Kajian ini meneliti proses perubahan yang berlaku antara persembahan begendang tradisi dengan yang baharu. Proses perubahan yang berlaku melalui kajian ini menunjukkan persembahan ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dalam konstruk struktumya. Persembahan tradisi telah diamalkan sejak sebelum zaman British di kampung-kampung di Sarawak sebagai hiburan untuk memeriahkan keraian majlis-majlis terutamanya majlis perkahwinan. Hakikatnya persembahan tradisi ini perlu digerakkan oleh generasi muda sebagai menggantikan aktivis budaya yang telah tua dan tidak upaya untuk bergerak aktif lagi. Tesis ini mengkaji proses perubahan yang berlaku dalam konstruk struktur persembahan secara perbandingan antara kumpulan Indera Samudera Kenyalang di Kampung Tabuan Hilir, Kuching dengan Kampung Budaya Sarawak, (sebuah muzium budaya) di Santubong. Pendekatan rekonstruksi menjadi panduan kajian dengan menggunakan kaedah penyelidikan yang diaplikasikan berbentuk kualitatif melalui teknik kajian etnografi secara temu bual dan pemerhatian ikut serta melalui kajian lapangan. Dapat dirumuskan daripada tesis ini bahawa persembahan tradisi mengalami perubahan secara berterusan untuk berkembang dan bertahan dalam masyarakat. Hakikatnya persembahan di Kampung Budaya Sarawak bahkan melalui proses rekonstruksi yang lebih nyata dan setelah di struktur semula, persembahan yang baharu itu menjadi repertoir utama persembahan