Hubungan tahap keprihatinan dengan amalan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran guru prinsip perakaunan menggunakan model CBAM

Kajian berbentuk tinjauan ini mengguna pakai Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concern-Based Adoption Model (CBAM) bagi mengukur tahap keprihatinan guru sebagai pemboleh ubah bebas dan amalan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran sebagai pemboleh ubah bersandar. Kajian ini adala...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Afzan Dzolkarnaini
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2020
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6633
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian berbentuk tinjauan ini mengguna pakai Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concern-Based Adoption Model (CBAM) bagi mengukur tahap keprihatinan guru sebagai pemboleh ubah bebas dan amalan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran sebagai pemboleh ubah bersandar. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan di antara tahap keprihatinan guru dengan amalan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran menggunakan model CBAM. Kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik bertujuan untuk menentukan hubungan tahap keprihatinan dengan amalan strategi pengajaran dan pembelajaran guru Prinsip Perakaunan. Sejumlah 237 orang guru Prinsip Perakaunan di negeri Selangor yang terdiri daripada 8 buah Daerah terlibat sebagai responden kajian. Secara ringkasnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa keprihatinan guru prinsip perakaunan adalah di tahap yang tinggi bagi setiap tahap keprihatinan; Diri (min=3.89, s.p=0.436), Tugas (min=3.73, s.p=0.540) dan Kesan (min=3.74, s.p=0.428) dan dapatan kajian bagi amalan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran prinsip perakaunan juga menunjukkan tahap yang tinggi dengan nilai skor (min 3.93, s.p=0.678). Korelasi di antara keprihatinan tahap diri, tugas dan kesan terhadap amalan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran menunjukkan nilai korelasi sederhana (r = 0.516), lemah (r = 0.326), dan sederhana (r = 0.536) masing-masing. Manakala korelasi di antara setiap tahap keprihatinan pula menunjukkan nilai korelasi yang tinggi antara satu sama lain. Terdapat sumbangan yang signifikan tahap keprihatinan [F(3,233)=33.409, p