Kebolehgunaan aplikasi multimedia berasaskan video berdasarkan kriteria keperluan yang dikenal pasti kepada kanak-kanak disleksia.

Objektif kajian ini ialah untuk membangunkan dan menilai kebolehgunaan aplikasimultimedia berasaskan video berdasarkan kriteria keperluan kanak-kanak disleksia diSekolah Kebangsaan Bayan Baru, Pulau Pinang. Model Addie digunakan sebagaimetodologi pembangunan aplikasi berkenaan yang mengambil kira kr...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Ashafiqa Zamani
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6642
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Objektif kajian ini ialah untuk membangunkan dan menilai kebolehgunaan aplikasimultimedia berasaskan video berdasarkan kriteria keperluan kanak-kanak disleksia diSekolah Kebangsaan Bayan Baru, Pulau Pinang. Model Addie digunakan sebagaimetodologi pembangunan aplikasi berkenaan yang mengambil kira kriteria keperluankanak-kanak disleksia, iaitu kebolehgunaan reka bentuk antara muka, isi kandunganpengajaran, dan kepuasan pengguna. Pengujian terhadap kebolehgunaan aplikasimelibatkan sembilan (9) orang guru pendidikan khas SKBB dan 15 orang pelajardisleksia. Data kajian diperoleh melalui kaedah tinjauan yang melibatkan para guruberkenaan dan kaedah pemerhatian melalui video rakaman melibatkan para pelajarberkenaan. Instrumen kajian untuk tinjauan merupakan satu borang soal selidik yangdibangunkan dan disahkan oleh Nor Arifah Che Wahab (2013). Manakala, instrumenkajian untuk pemerhatian melibatkan satu senarai semak Literacy and NumeracyScreening (LINUS) yang terdiri dari lima konstruk, iaitu kebolehan mengecam,menyebut, dan mengasingkan mata wang Malaysia. Dapatan tinjauan menunjukkanpara guru bersetuju bahawa kebolehgunaan reka bentuk antara muka adalah tinggi danisi kandungan pembelajaran adalah berkesan dalam menarik perhatian, meningkatkanminat, memudahkan pemahaman teks, memantapkan deria penglihatan, meningkatkankepuasan, dan memberi keseronokan dalam kalangan pelajar. Dapatan pemerhatianmenunjukkan pelajar disleksia mempunyai pandangan positif terhadap kebolehgunaanaplikasi multimedia dalam membantu mereka mempelajari topik nilai mata wangMalaysia dengan lebih efektif. Kesimpulannya, dapatan kajian mempunyai implikasiyang signifikan terhadap amalan pembelajaran sedia ada di mana penggunaanyasebagai salah satu alat bantu bahan mengajar boleh meningkatkan kefahaman parapelajar disleksia dalam memahami konsep penting dalam sesuatu topik pembelajaran.