Pengaruh media sosial terhadap kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan bahasa melayu murid tahun lima

Kajian kes ini bertujuan mengkaji pengaruh media sosial terhadap kesalahantatabahasa dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid tahun lima daripada perspektifguru. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap pengaruh mediasosial berdasarkan kesalahan tatabahasa dal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Farizah Hashim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6644
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kes ini bertujuan mengkaji pengaruh media sosial terhadap kesalahantatabahasa dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid tahun lima daripada perspektifguru. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap pengaruh mediasosial berdasarkan kesalahan tatabahasa dalam penulisan serta mengenal pasti cara gurumengatasi kesalahan berkenaan. Seramai 35 orang responden terdiri daripada guru BahasaMelayu dalam daerah Kuala Pilah telah dipilih secara persampelan bertujuan berdasarkanciri-ciri tertentu. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi mengenal pasti skor min persepsi guru mengenai pengaruh media sosial terhadap kesalahantatabahasa dalam penulisan karangan murid tahun lima. Dapatan kajian menunjukkan bahawaguru bersetuju (Min=3.0,SP=0.45) bahawa terdapat pengaruh media sosial terhadap kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan murid tahun lima. Data kualitatif pula dianalisissecara tematik. Data mendapati enam tema yang muncul iaitu kesalahan ejaan, kesalahan imbuhan, kesalahan kata sendi nama, kesalahan penggunaan kata, kesalahan strukturayat dan kesalahan tanda baca. Guru juga bersetuju (Min=3.55, SP=0.47) dengan cara yangdikenal pasti untuk mengatasi pengaruh media sosial terhadap kesalahan tatabahasa dalam penulisan karangan murid tahun lima. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawamedia sosial memberikan pengaruh terhadap kesalahan tatabahasa dalam penulisan murid. Implikasikajian ialah murid dan guru perlu melalui proses pengajaran dan pemudahcaraan yang selaridengan perkembangan media sosial terkini namun tetap mempunyai kesedaran untukmemartabatkan Bahasa Melayu dengan kerjasama semua pihak.