Hubungan dinamik antara pemboleh ubah interaksi dan perdagangan antarabangsa terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan hubungan dinamikantara pemboleh ubah interaksi dan perdagangan antarabangsa dalam dua model yangberbeza (Model Eksport dan Model Import) terhadap pertumbuhan ekonomi diMalaysia dalam jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Bagi mengesank...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norazrin Amirah Sulaiman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6645
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan hubungan dinamikantara pemboleh ubah interaksi dan perdagangan antarabangsa dalam dua model yangberbeza (Model Eksport dan Model Import) terhadap pertumbuhan ekonomi diMalaysia dalam jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Bagi mengesankewujudan hubungan jangka panjang dan jangka pendek antara pemboleh ubahendogenous dan eksogenous, kajian ini telah mengaplikasikan kaedah Model VektorPembetulan Ralat (VECM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa perdaganganantarabangsa memberi impak yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara.Dapatan kajian juga menunjukkan wujud hubungan jangka pendek antara pembolehubah interaksi eksport (Model Eksport) dan interaksi import (Model Import) terhadappertumbuhan ekonomi. Selain itu, pemboleh ubah ralat juga menunjukkan nilai yangsignifikan dalam jangka panjang bagi Model Eksport ( ECTX ? = -5.3741) dan ModelImport ( ECTM ? = -0.0001). Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawawujud hubungan dua hala antara pemboleh ubah interaksi dengan pertumbuhanekonomi dalam jangka masa panjang dan jangka masa pendek. Implikasi kajianmenunjukkan bahawa perdagangan antarabangsa merupakan pemboleh ubah pemacuterhadap pertumbuhan ekonomi. Justeru itu, pengaruh interaksi antara perdaganganantarabangsa dengan kadar pertukaran asing perlu diambil kira secara serentak dalampenggubalan dasar bagi memperkuatkan daya saing perdagangan di peringkatantarabangsa dan sekaligus menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dimasa akan datang.