Sosialisasi pendidikan informal kraf anyaman suku kaum Mah Meri dan pengaruhnya dalam pendidikan formal di Pulau Carey

Penelitian ini menggunakan kaedah etnografi iaitu rekabentuk kualitatif yangmemperlihatkan penelitian multi-disiplin yang terdiri daripada cabang sosiologi. Antropologidan kebudayaan untuk melihat pengaruh pembelajaran kraf anyaman di sekolah. Kajian ini memfokuskankepada kesan persekitaran masyarak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norhayati Musa
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6651
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penelitian ini menggunakan kaedah etnografi iaitu rekabentuk kualitatif yangmemperlihatkan penelitian multi-disiplin yang terdiri daripada cabang sosiologi. Antropologidan kebudayaan untuk melihat pengaruh pembelajaran kraf anyaman di sekolah. Kajian ini memfokuskankepada kesan persekitaran masyarakat Mah Meri di Pulau Carey yang mempengaruhi pembelajarankraftangan pelajar tahap menengah. Kajian yang menggunakan data lapangan bagi kegiatankraf anyaman di Kampung Sungai Bumbun bagi tujuan melihat latar belakang dan persekitaran yangmenyokong proses pengalaman estetik suku kaum ini. Justeru, penyelidikan ini telah menggunakan seramai 16 orang pelajar yang diambil daripada pelbagai tahap di salahsebuah sekolah di daerah Selangor yang berdasarkan sosialisasi keluarga penganyam di sekitar PulauCarey. Ini jelas memperlihatkan pelbagai pengaruh yang digunakan dalam kegiatan kraftradisional anyaman dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah. Dapatan kajian mendapati kaumMah Meri menggunakan motif-motif kraf anyaman yang mempunyai hubungan dengan motif berunsur haiwan,tumbuh-tumbuhan, malah setiap satunya mempunyai fungsi primitive dalam kehidupan kaum Mah Meri.Hasil dapatan yang dibuat mendapati bahawa berlakunya sosialisasi kraf anyaman kaum MahMeri dalam kalangan pelajar. Semua pelajar dari Kampung Sungai Bumbun, Sungai Rambai,Kampung Sungai Judah dan Kampung Kepau turut menghasilkan kraf anyaman yang mempamerkanciri-ciri anyaman asas kaum Mah Meri. Dapatan kajian ini juga telah menunjukkan bahawapelajar yang terlibat telah menggunakan sepenuhnya kemahiran menganyam mereka yang diperolehimelalui pengalaman sedia ada. Oleh itu, hasil analisis dengan menggunakan instrument rubrickraf anyaman yang mengemukakan tujuh elemen kraf tradisional terdiri daripada i) Pengetahuan dankefahaman, ii) Idea, iii) Imaginasi, v) Alat dan bahan, vi) Proses, vii) Produk dan viii) Nilai danPengaruh telah menunjukkan hasil kraf anyaman pelajar dipengaruhi ciri-ciri kraf anyaman kaumMah Meri. Hal ini berlaku disebabkan pengaruh kepercayaan mereka yang menggunakanmotif-motif tersebut sebagai cara hidup tradisi mereka danfahaman animisme yang masih berlaku di Pulau Carey.