Pembinaan instrumen penilaian kendiri kompetensi jurulatih pendidikan luar Pusat Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Sehingga hari ini, kajian berkaitan kompetensi jurulatih Pendidikan Luar amatberkurangan di Malaysia akibat terhadnya instrumen pengukuran. Sehubungan itu, kajian inibermatlamat untuk membangunkan instrumen penilaian kendiri tahap kompetensi jurulatihPendidikan Luar Pusat Kokurikulum di Malaysia. Ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Omar Firdaus Mohd Said
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6664
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sehingga hari ini, kajian berkaitan kompetensi jurulatih Pendidikan Luar amatberkurangan di Malaysia akibat terhadnya instrumen pengukuran. Sehubungan itu, kajian inibermatlamat untuk membangunkan instrumen penilaian kendiri tahap kompetensi jurulatihPendidikan Luar Pusat Kokurikulum di Malaysia. Kajian ini menggunakan Model Bricks Wallsebagai model utama kajian dengan melibatkan seramai 350 jurulatih Pusat KokurikulumKementerian Pendidikan Malaysia dari empat zon di Semenanjung Malaysia. Seramai 110 orang jurulatihterlibat dalam kajian rintis manakala bakinya (n=240) terlibat dalam kajian sebenar. Menggunakan kaedah Modified Delphi Technique secara 2 peringkat, pengkaji telah menentukan kesahandan kebolehpercayaan instrumen, mengkaji tahap kompetensi jurulatih Pendidikan Luar Pusat Kokurikulum KPM dan mengenalpasti kesesuaian serta kebolehgunaan instrumen. Dapatankajian menunjukkan nilai pekali kesahan pakar bagi atribut foundations r=.73, atribut hardskills r=.81, atribut soft skills r=.85 dan atribut meta skills r=.89. Bagikebolehpercayaan instrumen pula pekali Cronbach Alpha menunjukkan nilai atributfoundations r=.90, atribut hard skills r=.88, atribut soft skills r=.93 dan atribut metaskills r=.92. Dengan menggunakan analisis faktor (Exploratory Factor Analysis), nilai KMO danujian Bartletts terhadap atribut foundations adalah (r=.685 dan p=.000). Bagi atributhard skills pula adalah (r=.719 dan p=.000), bagi soft skills (r=.804 dan p=.000) danatribut meta skills pula mencatatkan ( r=.751 dan p=.000). Bagi hasil dapatan analisis ANOVAsehala pula mencatatkan t idak terdapat perbezaan yang signifikan bagi atribut foundations danhard skills. Manakala bagi atribut soft skills dan meta skill menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi atribut tersebut. Seterusnya, bagi dapatananalisis Regresi Berganda, kesemua atribut utama menunjukkan perkaitan yang signifikanterhadap setiap sub-atribut iaitu p=.001. Manakala bagi hasil dapatan atribut utama juga lihatmenujukkan perkaitan yang signifikan terhadap kompetensi jurulatih Pendidikan Luar PusatKokurikulum KPM iaitu p=.001. Secara kesimpulannya, kajian ini menumpukan sepenuhnyakepada pembangunan instrumen dan juga penentuan perbezaan tahap kompetensi jurulatih PendidikanLuar PusatKokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.