Perkembangan asimilasi seni reka motif Merong Mahawangsa dalam kesenian Melayu

Kajian ini bertujuan mengetengahkan objek-objek seni yang disebut dalam HikayatMerong Mahawangsa dengan mengenal pasti artifak, objek seni, dan prasasti yang dipercayaiwujud dalam era Langkasuka. Kajian ini turut mengkaji kesinambungan susur galur kesenianMelayu yang dipengaruhi dengan seni reka mot...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Izzah Mohd Johari
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6666
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengetengahkan objek-objek seni yang disebut dalam HikayatMerong Mahawangsa dengan mengenal pasti artifak, objek seni, dan prasasti yang dipercayaiwujud dalam era Langkasuka. Kajian ini turut mengkaji kesinambungan susur galur kesenianMelayu yang dipengaruhi dengan seni reka motif Merong Mahawangsa dengan mengenal pastijenis-jenis seni reka motif yang diukir pada objek seni yang telah dijumpai dalam era berkenaan. Fokus kesenian Melayu boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu seni ukiran,seni seramik atau tembikar, dan kesenian kostum diraja Melayu. Kajian kualitatif ini berdasarkanpendekatan sejarah yang melibatkan pemerhatian dan rakaman visual artifak. Lokasi-lokasi kajianadalah di Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Kedah, Muzium Negara Malaysia di Kuala Lumpur, MuziumDiraja Negeri Kedah, dan beberapa lagi kawasan yang berkaitan. Teks Hikayat MerongMahawangsa turut dijadikan sebagai sumber data. Teori dan konsep asimilasi digunakan untuk menganalisis penggabungan elemen-elemen dominan yang terdiri daripada tigakategori kesenian Melayu berkenaan dengan beberapa elemen seni reka motif Merong Mahawangsa. Analisis menunjukkan penggabungan dua kategori elemen berkenaan telahmenghasilkan elemen-elemen baharu dan unik yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Dapatan kajian membuktikan terdapat 17 jenis objek seni yang terkandung dalamHikayat Merong Mahawangsa serta kewujudan beberapa lagi artifak, prasasti atau objek seniyang dipercayai wujud pada era Langkasuka yang memperlihatkan keunikan jenis-jenis seni reka motifMerong Mahawangsa. Dapatan juga menunjukkan seni reka motif tersebut merupakan asimilasi denganseni ukiran, seni seramik atau tembikar, dan kesenian kostum Diraja Melayu. Maka, dapatan kajian ini dapat memberi sumbangan pengetahuan yang baharu kepada penggiatseni dan sejarah tentang seni reka motifwarisan Melayu berdasarkan seni reka motif Merong Mahawangsa.