Kesan arahan tumpuan terhadap aktiviti otot dan prestasi semasa senaman squat

Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kesan arahan tumpuan terhadap aktiviti otot dan prestasisenaman squat. Seramai 36 orang pelajar perempuan universiti awam telah menyertai kajian ini dandibahagikan secara rawak kepada tiga kumpulan, iaitu 12 orang bagi setiap kumpulan. Tigakumpulan tersebut a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Fazila Abd Malek
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6670
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membandingkan kesan arahan tumpuan terhadap aktiviti otot dan prestasisenaman squat. Seramai 36 orang pelajar perempuan universiti awam telah menyertai kajian ini dandibahagikan secara rawak kepada tiga kumpulan, iaitu 12 orang bagi setiap kumpulan. Tigakumpulan tersebut adalah arahan tumpuan dalaman (TD), tumpuan luaran (TL) dan kawalan. Arahan yangdiberikan kepada kumpulan TL adalah membayangkan seperti duduk di atas kerusi manakalakumpulan TD diarah untuk menumpukan kepada pergerakan dan kedudukan anggota tubuh badan. Elektromiografi (EMG) digunakan untuk mengukur aktiviti otot semasa melakukansenaman squat manakala tapisan pergerakan Movement Competency Screen (MCS) pula digunakansebagai kriteria untuk mengukur prestasi perlakuan teknik squat yang betul. Tempoh intervensidijalankan selama enam minggu. ANOVA 3 kumpulan (arahan TD, arahan TL, kawalan) x 3 jenisotot (vastus lateralis, bicep femoris, gluteus maximus) digunakan untuk menganalisis perbezaanbacaan EMG pada otot yang terlibat mengikut kumpulan pada ujian pasca dan pengekalan. Ujianawal menunjukkan tiada perbezaan signifikan bagi ketiga-tiga kumpulan semasa ujian pra. Dapatanutama kajian menunjukkan bahawa TL memberi kesan yang signifikan dan lebih baik daripada TD dankawalan terhadap ketiga-tiga aktiviti otot. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat interaksi antara kumpulan dengan otot dalam ujian pengekalan, F(4,66)=10.439,p