Pelaksanaan kit batik lukis dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual bagi tingkatan 3 di daerah Hilir Perak
Penyelidikan ini dijalankan untuk melihat pelaksanaan Kit Batik Lukis dalam pengajarandan pembelajaran Pendidikan Seni Visual bagi meningkatkan kefahaman murid serta mampumemberikan kemudahan kepada guru di sekolah. Kesukaran mendapatkan alat dan bahan untuk aktivitipembelajaran bagi Seni Kraf Batik...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6683 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyelidikan ini dijalankan untuk melihat pelaksanaan Kit Batik Lukis dalam pengajarandan pembelajaran Pendidikan Seni Visual bagi meningkatkan kefahaman murid serta mampumemberikan kemudahan kepada guru di sekolah. Kesukaran mendapatkan alat dan bahan untuk aktivitipembelajaran bagi Seni Kraf Batik merupakan masalah yang wujud hasil daripada penyelidik yanglepas. Kajian ini menjelaskan kaedah dan pendekatan dalam persediaan guru sertameningkatkan keberkesanan penggunaan Bahan Bantu Mengajar melalui proses pembelajaran muriddalam pengajaran Seni Kraf Batik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif diskriptifmelalui kajian kes. Data-data yang diperolehi menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan soal selidik untuk mendapatkan keputusan yang tepat dan sebenar. Kajian inimelibatkan dua buah sekolah yang terpilih, guru dan murid bagi tingkatan tiga berdasarkantahap pencapaian mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Hasil dapatan kajian bahawa keduabuah sekolah menunjukkan peratusan yang tinggi dalam kefahaman melalui penggunaan KitBatik Lukis. Berdasarkan analisis data penggunaan Kit Batik Lukis memberi kemudahan yang lengkapdan kesan yang positif serta menarik minat dalam pembelajaran. Kesimpulan kajian telahterbukti dan berjaya meransang tiga domain melalui hasil kemahiran tersebut dengan menggunakan Kit Batik Lukis. Implikasi penyelidikan ini menyarankan penggunaan KIT patut diberigalakan kepada semua tajuk yang terdapat di silibus Pendidikan Seni Visual. Hasildaripada cadangan ini menunjukkan terdapat beberapa perkara yang boleh dipertingkatkan dandiperbaiki terutama dalam menyentuh aspek penemuan media baru. |
---|