Hubungan di antara beban tugas guru dengan kepimpinan guru di sekolah rendah daerah Perak Tengah

Kajian ini dijalankan untuk menentukan hubungan di antara beban tugas guru dengankepimpinan guru di sekolah rendah di daerah Perak Tengah. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan secara kuantitatif. Konstruk beban tugas dan kepimpinan adalah berdasarkankepada teori Herzberg dan model kepimpina...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zulkipli Zakaria
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6694
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menentukan hubungan di antara beban tugas guru dengankepimpinan guru di sekolah rendah di daerah Perak Tengah. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan secara kuantitatif. Konstruk beban tugas dan kepimpinan adalah berdasarkankepada teori Herzberg dan model kepimpinan Katzemeyer dan Moller. Sampel kajian telahdipilih secara rawak bersistematik iaitu seramai 291 guru daripada populasi kajian seramai 1,169guru. Soal selidik digunakan sebagai alat kajian untuk mengumpul data kajian. Data kajiandianalisis secara deskriptif dan inferens menggunakan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan guru menyatakan bahawa bebantugas mereka adalah kurang berat (M = 3.39; SP = 0.87). Dalam konteks kepimpinan, guru percayabahawa pentadbir sekolah amat kerap (M = 3.77; SP = 0.79) mengurus sekolah dalam aspekpembangunan, hubungan kerjasama, penyertaan, komunikasi, persekitaran positif, autonomi danpengiktirafan. Walaubagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan (r = 0.029; p > 0.05) di antara beban tugas dengan kepimpinan guru.Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa beban tugas guru bukanlah merupakan faktor utama yangmemberi kesan terhadap kepimpinan guru di sekolah rendah di daerah Perak Tengah. Impikasi kajianmenunjukkan kepimpinan guru perlu diperkasakan untukmeningkatkan kualiti profesional guru.