Penerapan elemen senibina tradisional Melayu Kelantan dalam pembangunan baharu Rancangan Tempatan Jajahan Kota Bharu

Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis, meneliti dan membuat penilaianterhadap penerapan elemen binaan tradisional Melayu Kelantan dalam pembangunan baharu RancanganTempatan Jajahan Kota Bharu (2007-2020). Fokus utama kajian adalah mengkaji ciri-ciriyang melambangkan identiti seni bina tradisio...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norhidayah Mohd Noor
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6700
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis, meneliti dan membuat penilaianterhadap penerapan elemen binaan tradisional Melayu Kelantan dalam pembangunan baharu RancanganTempatan Jajahan Kota Bharu (2007-2020). Fokus utama kajian adalah mengkaji ciri-ciriyang melambangkan identiti seni bina tradisional Melayu Kelantan berdasarkan Teori GayaRupa. Ciri-ciri seni bina tersebut meliputi rekaan bentuk bumbung, tiang, dinding, pintugerbang, tebar layar, pemeleh, tunjuk langit dan papan cantik. Kajian kes yangdijalankan dalam jajahan Kota Bharu dengan menggunakan kaedah pengumpulan data melaluikajian pustaka, kajian tinjauan, pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Dapatan kajianmenunjukkan Masjid Mukim Sabak (bangunan keagamaan) telah menerapkan pelbagai elemen binaantradisional Melayu Kelantan dalam binaannya berbanding dengan Pasar Kota Jembal (bangunan awam)dan bangunan JKKN Kelantan (bangunan pentadbiran). Sebagai kesimpulan, Masjid Mukim Sabakdilihat berjaya menyerlahkan penerapan elemen- elemen binaan traditional Melayu Kelantanberbanding bangunan lain sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Rancangan Tempatan Jajahan KotaBharu (2007-2020). Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa elemen seni bina tradisionalMelayu Kelantan harus diterapkan ke dalam binaan baharu supaya identiti seni bina Melayudapat dikekalkan untuk menjaga warisan bangsa.