Kesan penggunaan aplikasi realiti augmentasi pembelajaran sains tahun empat terhadap pencapaian akademik, pemahaman dan tumpuan murid lembam sekolah rendah
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan aplikasi realiti augmentasi terhadappencapaian akademik, pemahaman dan tumpuan dalam kalangan murid lembam yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran. Pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian kes digunakan bagi k...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2018
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6711 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan aplikasi realiti augmentasi terhadappencapaian akademik, pemahaman dan tumpuan dalam kalangan murid lembam yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pembelajaran. Pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian kes digunakan bagi kajian ini. Dua orang guru sekolah rendah di daerah KualaTerengganu telah dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Aplikasi realiti augmentasidibangunkan menggunakan teknologi markerless augmented reality berlandaskan metodologi pembangunan perisian instruksi ADDIE. Aplikasi yang dikenali sebagai ARCard inidibangunkan khusus untuk murid lembam bagi pembelajaran topik Benda Hidup dan Benda Bukan Hidupdalam Sains Tahun Empat. Kajian ini menggunakan kaedah temubual sebagai pemgumpulan data manakalaanalisis naratif digunakan sebagai teknik analisis data. Dapatan kajian ini menunjukkan peningkatan pencapaian akademik melalui penggunaan ARCard dan berjaya menjawab soalanperbandingan benda hidup dan benda bukan hidup dengan betul. Daripada aspek pemahaman, keputusanmenunjukkan ARCard berjaya menggurangkan kadar kesilapan apabila menjawab soalan yangditanyakan berkaitan animasi dan simulasi yang ada pada ARCard. Dapatan juga menunjukkantumpuan murid lembam meningkat melalui penggunaan ARCard. Kesimpulan, penggunaanaplikasi realiti augmentasi bagi pembelajaran sains dapat meningkatkan pencapaian akademik,pemahaman dan tumpuan dalam kalangan murid lembam. Implikasi kajian menunjukkan teknologi realitiaugmentasi boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi murid berkeperluan khas khususnyamurid lembam. |
---|