Analisis jenis, punca dan langkah mengatasi tingkah laku buli di sekolah-sekolah Rendah Daerah Kinta Utara, Perak

Kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis perbandingan jenis, punca danlangkah mengatasi tingkah laku buli dalam kalangan murid di sekolah rendah daerah Kinta Utara.Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Instrumenyang digunakan untuk mengumpul dat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sangkari Chandra Sehgar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6712
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis perbandingan jenis, punca danlangkah mengatasi tingkah laku buli dalam kalangan murid di sekolah rendah daerah Kinta Utara.Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Instrumenyang digunakan untuk mengumpul data kajian ialah temu bual berstruktur. Seramai 45 orang guru iaitu15 orang guru dari setiap jenis sekolah rendah di daerah Kinta Utara, Perak telah mengambilbahagian dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan Kaedah Hermeneutik yang berbentukinterpretasi teks temu bual yang ditranskripkan kepada metateks. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa terdapat empat tema yang diperoleh bagi soalan kajian pertama iaitubuli secara langsung, buli secara tidak langsung, buli verbal dan buli fizikal. Jenis tingkahlaku buli yang paling kerap berlaku dalam kalangan murid yang dikaji adalah buli verbal diikutibuli secara langsung, buli fizikal dan buli secara tidak langsung. Buli verbal merupakanjenis tingkah laku buli yang paling kerap berlaku di ketiga-tiga jenis sekolah iaituSK, SJK(C) dan SJK(T). Manakala, punca utama yang menyebabkan berlakunya tingkah laku bulidalam kalangan murid adalah sikap negatif yang terdapat dalam diri murid serta kekurangan perhatian dan kasih sayang dari ibu bapa. Sementara itu, langkah mengatasi tingkahlaku buli yang paling banyak diamalkan oleh guru-guru ialah melalui khidmat nasihat danbimbingan kaunseling kepada murid-murid, tetapi langkah yang diambil oleh guru-guru disetiap jenis sekolah adalah berbeza. Hal ini kerana, guru-guru di SK dan SJK(C) memilih untukmemberi khidmat nasihat dan bimbingan kaunseling kepada murid untuk mengatasi bulimanakala guru di SJK(T) lebih cenderung untuk mendedahkan tentang tingkah laku buli danmemberikan didikan agama kepada murid-murid. Kesimpulannya, didapati bahawa langkah mengatasitingkah laku buli berbeza di setiap jenis sekolah. Implikasi dapatan kajian ini dapat dijadikanpanduan untuk pihak mengambil langkah mengatasi buli melalui khidmat nasihat dan bimbingankaunseling atau langkah yang lebih sesuai dengan murid di sekolah masing-masing.